Marilah Berukhuwah Dan Berkawan Kerana Tuhan
Marilah kita berukhwah dan berkawan kerana Tuhan
Hingga kita jadi jemaah Tuhan sekelian alam
Jika kita berkawan kerana Tuhan,
kita tidak akan berlaku perpisahan
Mesti kita berkawan sampai penghujung perjuangan
Kalau kita berkawan kerana Tuhan
kalaupun ada perbalahan tidak akan berpanjangan
Perbalahan dan krisis mudah diselesaikan
Biasalah manusia hamba Tuhan
sedikit-sedikit membuat salah dan kesilapan
Tapi mudah selesai dan mudah dihilangkan
Kalau kita berkawan di dalam perjuangan bukan kerana Tuhan
Bukan kerana takutkan dan cintakan Tuhan
perbalahan mudah datang
Hendak menyelesaikan pula selalunya berpanjangan
Tuhan adalah pengikat ukhwah dan perpaduan
Tuhan adalah anak kunci kesatuan dan kekuatan
Wang, harta, pangkat, nama, dan jawatan selalunya mendatangkan perbalahan
Oleh itu janganlah diharapkan selain Tuhan
boleh berpadu dan menjadi kekuatan
Selalunya kerana wang, harta, pangkat dan lain-lainnya
selalu sahaja membawa perselisihan
Perselisihan membawa renggang kasih sayang
Apabila renggang kasih sayang
pecahlah perpaduan dan kesatuan
Di waktu itu umat Islam akan lemah, musuh pun mudah menghancurkan
Ingatan ini hendaklah diambil perhatian
Kekuatan umat Islam berkawan, berjemaah adalah takut dan cintakan Tuhan
Janganlah cari kekuatan selain Tuhan
Bahkan selain Tuhan telah dikatakan sebelum ini ia selalu sahaja membawa perpecahan
Oleh itu marilah kita perjuangkan Tuhan
Marilah kita berkawan dan berjemaah, bersama Tuhan kita berkawan
Itulah dia kekuatan umat Islam sepanjang zaman
Janganlah kita was-was dan janganlah kita dikelirukan
Seluruh kehidupan kita Tuhan mestilah dibawa bersama berkawan
Tuhan adalah sahabat setia kita sepanjang zaman
Sahabat yang mengawal kita dan menjaga kita di dalam keadaan apa pun
Tapi umat Islam hari ini seluruh dunia Tuhan telah ditinggalkan
Umat Islam terdedah kepada kejahatan musuhnya
Sedangkan musuhnya ada kekuatan lahir yang kuat
Padahal umat Islam kekuatan material pun tidak ada,
Tuhan pun ditinggalkan
Kedua-dua kekuatan sudah tidak ada,
Bagaimanalah hendak menang
nukilan SaHiBuZaMaN..
Bissmillah...
Rindunya saat kita bersama-sama dahulu...
tah kenapa semua hanya sebuah kenangan yang indah telah tercipta buat kita semua...
moga kita terus berjaya dalam setiap impian masing2...
mungkin juga semua ini salahku...
walau apa pun,kalian tetap dalam hati ku... miss you so much!!!
(~_~) hatiku sayu...
Sahabat...
"Andai engkau mengerti apa kah erti sebuah persahabatan itu.."
Bissmillah...
Rindunya saat kita bersama-sama dahulu...
tah kenapa semua hanya sebuah kenangan yang indah telah tercipta buat kita semua...
moga kita terus berjaya dalam setiap impian masing2...
mungkin juga semua ini salahku...
walau apa pun,kalian tetap dalam hati ku... miss you so much!!!
(~_~) hatiku sayu...
Sahabat...
"Andai engkau mengerti apa kah erti sebuah persahabatan itu.."