Memaparkan catatan dengan label Masakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masakan. Papar semua catatan

Jumaat, 21 November 2014

6 Cara Mengawal Nafsu Makan



Adakah anda seorang yang susah nak kawal makan? jom ketahui Cara Mengawal Nafsu Makan di sini..

Berat badan sering menjadi masalah bagi setiap orang, tak kira lelaki ataupun wanita. Tubuh yang gemuk boleh boleh membuatkan seseorang itu berasa rendah diri serta hilang keyakinan untuk berhadapan dengan ramai orang.

Bagi anda yang sedang berdiet, pasti ingin diet dengan mengurangi nafsu makan. Bagaimana mahu mengurangi nafsu makan yang berlebihan itu  dengan lebih berkesan?

Berikut beberapa cara yang boleh anda praktik untuk membantu dalam pengawalan nafsu makan.

Cara Mengawal Nafsu Makan adalah seperti berikut:

1.   Minum air putih dengan  lebih banyak

Ramai di antara kita yang tidak dapat membezakan antara rasa lapar dengan dehidrasi.

Adakalanya anda merasakan perut kosong dan menganggapnya sebagai rasa lapar. Anda kemudian mengambil makanan yang sebenarnya tidak diperlukan oleh tubuh.  Untuk mengatasinya, anda harus selalu bersedia dengan air putih sebagai ‘jalan selamat’ jika anda terasa ‘lapar’.

2.   Bersenam

Buang jauh-jauh anggapan sebahagian orang bahawa bersenam hanya akan membuatkan anda berasa semakin lapar; bersenam justeru akan membantu mengurangi nafsu makan!

3.   Jangan lambat bersarapan

Dalam menjalani aktiviti harian anda, sarapan sangat penting.  Jadi, jangan lengah-lengahkan waktu sarapan pagi. Jika anda tidak bersarapan, anda akan berasa sangat lapar. Kesudahannya,  anda akan menmakan tengahari dengan jumlah lebih banyak. Perkara ini tidak baik bagi tubuh. Dengan bersarapan, maka metabolism tubuh anda akan bekerja lebih awal, dan membuatkan anda berasa lebih lama kenyang.

4.  Pengambilan protein ketika sarapan

Protein membantu anda mempertahankan energi dan tenaga untuk melakukan aktiviti sepanjang hari. Oleh sebab itulah, sebaiknya ambil makanan yang rendah kalori namun berprotein tinggi ketika bersarapan pagi.

5. Pengambilan teh

Anda gemar ‘makan-makan’ , terutama makanan ringan seperti kerepek atau coklat pada petang hari atau ketika anda berasa bosan/stress? Ganti kebiasaan ‘makan-makan’ dengan minum teh hijau panas. Ekstrak teh hijau akan meningkatkan ‘norepinefrin’(hormone yang meningkatkan pengeluaran kalori) pada taraf sel sehingga pengeluaran kalori dapat ditingkatkan. Selain itu, teh hijau juga dapat meningkatkan metabolism lemak, pengeluaran kalori dan penurunan berat badan.

6.  Makan dengan teratur

Makan besar dengan jumlah yang banyak sekali atau dua kali dalam sehari menjadi satu kesalahan, Yang penting, adalah makan dengan teratur tiga hingga empat kali sehari, namun dengan jumlah yang sedikit. Perkara ini akan menghindarkan anda daripada sering berasa lapar, yang biasanya akan membuatkan anda makan lebih banyak.

Rabu, 29 Oktober 2014

Murtabak Ayam Special for MyLove

Assalamualaikum semua...
Nak share cita sikit..
Lama dah tak bual2 dlm blog ni. Hehe..
Busy la kate kan.. Urus rumah tangga dan biz.. Alhamdulillah... :D




Macam ni... 
Semalam.. Tiba² je mylove suara kan yang dia nak makan murtabak.. Tekejut la juga.. Pekara yg tak pernah sy buat tu!.. Selalu mak sy je la yg buat... Sy tukang tengok je..

Jadi mula tu berat juga nak buat sbb mmg tak tau buat pun.. Fikir² kesian pula..
Jadi sy cari la resepi nye dlm google.com
Resepi murtabak ayam.. 

Alhamdulillah jumpa.. 
Lepas solat isyak sy mula buat..
Saya start buat inti nye dulu isi ayam dan kentang.. Bt yg ringkas2 je..

Bila dah siap masak inti. Buat tepung pula, 
Mula² tu mcm leceh je.. Tepung melekat di tapak tangan.. Lama2.. Bila nak tebar tu letak la minyak.. Boleh pn...

Dan mula panas kan kuali leper..
Letak minyak sikit.. 
Bila panas letak murtabak tu..
Api slow je..
Bila rase dah gareng tebalik kan..
Dah gareng dn masak.. Angkat masuk dlm piring. 

Saya buat yg ada inti separuh.. Yg kosong separuh.. Alhamdulillah... Mylove yg makan dengan selera sampai habis... 
 Dapat prngalaman baru.. Ilmu baru.

Pengalaman itu membuat kita rase gembira... (^_^)




Ok bawah ni saya share resepi murtabak ayam nye sekali.
Jika siapa² nak cuba buat silakan.. 

RESIPI MURTABAK AYAM
*  Adunan ini dapat menghasilkan sebanyak 10 biji murtabak

Kulit Murtabak
2 cawan tepung gandum
Sedikit garam
Sedikit gula
Air
Planta

Cara menyediakan kulit Murtabak
1.  Masukkan sedikit gula ke dalam tepung gandum
2.  Garam dicampurkan sekali di dalam air
3.  Air garam dimasukkan sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan tepung, Uli sehingga menjadi doh.
4.  Bentukkan separuh bola tenis dan disapu dengan planta di sekeliling doh tersebut.  Rehatkan dalam 3-4 jam

Inti Murtabak
Setengah kilo daging / ayam yang dicincang / hancur
2 biji kentang
1 ulas bawang besar (sederhana)
3 ulas bawang putih
Setengah inci halia
Air asam jawa
Serbuk kari
Serbuk kurma
Minyak masak
Air
Secubit garam
Sedikit gula

Langkah menyediakan inti murtabak
1.  Tumis bawang besar, bawang putih dan halia.  Masukkan daging tadi.
2.  Masukkan air asam jawa, serbuk kari, serbuk kurma, sedikit air dan kentang yang dipotong dadu tadi.
3.  Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
4.  Masak sehingga airnya agak kering.

Cara mencanai murtabak
1.  Canaikan bebola ini nipis-nipis.
2.  Ambilkan sedikit inti murtabak, campurkan dengan sebiji telor dan sedikit bawang besar yang telah dimayang.  Kacau sebati dan tuangkan ke atas doh yang leper itu.  Lipat dan goreng dengan api yang perlahan agar masak dengan sempurna.
3.  Boleh laa cicah dengan kuah murtabak ini

Kuah murtabak

Campurkan gula, cuka, air (supaya tidak terlalu masam), bawang merah dan beberapa titik sirap.  Kacau sebati.

Mudah kan? Jom la cuba... InshaAllah.. Sedap... :)
Ok lah sampai sini dulu ye..
Ada waktu inshaAllah.. Sy share lg... 
Wassalam... 

Rabu, 15 Oktober 2014

~ Jom diet cara sihat ~ Chicken Blackpaper Garlic...

~ Jom diet cara sihat ~

Ini la yg sy makan seminggu 3kali.
Tanpa nasi. Sy share resepi nye sekali ye.
Siapa yg diet boleh la cuba reaepi ini.. 

Sy dapat dr penasihat diet sy.. Ida.

Chicken Blackpaper Garlic...
Ayam ikut suka potong
Bwg putih (tumbuk halus)
Lada hitam(tumbuk halus)
Sos tiram skit
Kicap skit
Garam dan perasa
**ni smua masukkan kat ayam n perap dlm 30 mnt

Kentang rebus dl 
Brokoli n carrot kukus@ rebus bagi lembut

Dh perap bakar ayam dlm pemanggang
(ida guna pemanggang ajaib ja)
Pastu kentang yg rebus td tu potong ikut suka then boh skali dlm pemanggang biaq dia bakaq2 skit la br sedap hehehhe....
Then dah masak hidang la.. tabur lada sulah skit kat sayur2 tu.

Isnin, 11 Julai 2011

Saya Suka Memasak: Popia Langkah Demi Langkah

Assalamualaikum. Jom kita sama-sama buat POPIA! Sedap dimakan sebagai sarapan atau minum petang. Ini cara saya menyediakan POPIA. Semoga dapat membantu sesiapa yang baru nak belajar membuat POPIA.

Popia

Sila lihat gambar langkah demi langkah di bawah.

Bahan-Bahannya
Perencahnya ditumis.
Ayam dipotong dadu.
Ditumis hingga masak dan ditoskan kuahnya.
Kulit popia.
Letakkan sedikit inti.
Sila gulung.
Lipat kiri kanan seperti di atas.
Letak sedikit tepung di bucunya sebagai pelekat.
Sedia untuk digoreng.

InsyaAllah hasilnya selepas digoreng adalah seperti gambar pertama di atas. Selamat mencuba ya!