Sabtu, 30 Julai 2011

~Dapur adalah Jalan ke Syurga untuk wanita~

Salah satu pesan orang tua kepada anak perempuannya adalah “Cinta suami bermula dari perut”.

Ketelitian seorang wanita dalam memberikan hidangan yang memanjakan lidah suaminya, memang tidak hanya berhasil memikat kasih sayang dan perhatiannya, namun juga terbukti berjaya menghidangkan kebahagiaan untuk rumah tangga mereka.

Suami mana yang tidak akan senang melihat isteri yang begitu serius melayaninya, serta mengambil berat soal makan minumnya. Bagi suami yang bijak menghargai, perkara ini membuatkan kekurangan wanita yang menjadi isterinya seolah – olah tertutup oleh perbuatannya yang menjaga cita rasa lidah suami. Dan tentunya untuk si isteri, kebahagiaan sudah pasti diperolehinya kerana redha suami memang menjadi tujuan dari perjuangan seorang wanita muslimah.

Maka, betapa ruginya jika masih ada beberapa orang yang berfikir bahawa dapur bukanlah tempat wanita moden dalam `berkarier`. Bahkan ada sebahagian dari mereka dengan ikhlasnya berbahagi pahala dengan pembantu rumah, malah menyerahkan semuanya kepada pembantu. Beribu alasan kesibukan dan ketidakmampuan diberikannya, termasuk alasan bahawa zaman sekarang pekerjaan rumah hanya mengikat perkembangan kreativiti wanita.

Hanya orang- orang yang belum mengerti kedamaian melayani, yang akan berfikiran bahawa pekerjaan dapur hanya merendahkan wanita. Begitulah pendapat kebanyakan mereka – Selalu di dapur, maka masa depan wanita tamat.

Namun hal ini berbeza dengan fikiran wanita yang menjunjung tinggi sebuah keikhlasan. Melayani suami bukan bererti memasrahkan diri menjadi pelayan. Melayani bererti meningkatkan darjat diri, dari yang hanya berfikir tentang diri sendiri, dia tanggalkan ego demi untuk membahagiakan orang lain.

MasyaAllah, ini bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan, tetapi juga tidak mustahil dijalankan. Wanita ajaib bagaimana yang dapat buat seperti ini, kecuali akan menjadi berkat untuk pasangannya. apa – apa pekerjaan rumah yang begitu berat, betapa banyak kesibukan diluar yang menyita waktu mereka, namun seorang wanita solehah akan tetap memfokuskan bahawa keluarga adalah nombor satu, dan kerana memang itulah tanggungjawab untuknya, dari Allah sang maha penguasa.

Fikirannya selalu terfikir untuk menyiapkan apa yang dia boleh hidangkan untuk suami tercinta. Pahala untuknya akan mengalir dengan deras dan tiket untuk masuk ke dalam syurga Allah insyaallah akan digenggaman.

Memang masih banyak cara untuk membahagiakan suami kita selain dengan memasak makanan kesenangannya. Namun, adakah cara yang lebih baik untuk memenuhi selera makan mereka selain dengan memenuhinya dengan tangan kita sendiri. Pastilah sebuah kebanggaan bagi kita dapat merawat suami sebagai sebahagian dari amanah kita yang kita lakukan dengan tangan kita sendiri, dan menjadikan kita peribadi yang dapat dipercayai dalam menjaga amanah.

Maka jangan pernah melecehkan ketentuan Allah, dan jangan menunggu sampai hak itu diambil Allah barulah kita menyedari kekeliruan kita. Maka sebaiknya kita mulai menumbuhkan rasa malu, saat mengetahui bahawa sang suami cenderung menyukai makanan di luar dan atau buatan orang lain. Manfaatkan waktu sebaik mungkin, kerana sungguhnya Allah menyediakan syurga untuk hambanya yang bersungguh- sungguh dalam belajar.

Siapa pun anda, apa pun kedudukan dan pekerjaan serta kesibukan saat ini, jangan pernah menganggap remeh hasil tangan kasih sayang dari sebuah ruangan kecil yang bernama dapur. kebahagiaan suami, perhatian dan kasih sayangnya dapat anda ikat dari sana. so, mengapa tidak buru- buru memulainya sekarang?

Selamat memburu pahala..

Khamis, 28 Julai 2011

~Fadhilat Amal~

Fadhilat Solat


Assalamualaikum...
Mawar berharap kalian semua dalam lindungan Allah,amin...
Di sini mawar nak share satu hadhits pada semua.
Semoga ia menjadi manafaat untuk kita semua,insyaAllah...





Dalam kitab Abu Daud, Hadith ini telah diriwayatkan dengan sedikit tambahan yang sangat berfaedah, iaitu sahabat (kawan) yang baik adalah seumpama penjual kasturi, sekiranya
kamu tidak mendapat kasturi dripadanya pun, sekurang-kurangnya kamu akan dapat menghidu bau kasturi yang harum.




 Kawan yang jahat adalah seumpama penjaga dapur arang, Walaupun tidak terkena kesan hitam, masih tidak dapat mengelak daripada asap dapur itu. ini adalah satu perkara yang sangat penting, seseorang itu hendak lah selalu meneliti kawan-kawannya, orang yang jenis manakah yang sentiasa dia berkawan dan bercampur gaul?


Semoga kita dapat sahabat yang baik dan banyak memdorong kita kejalan yang diredhai Allah,amin...
Mawar rase beruntung kerana di kelilingi sahabat2 yang banyak mengajar tentang ilmu agama...
Kalau dulu,mawar tak pandai pilih kawan,semua mawar terima dan kawan,dan bila mawar terima semua,berbagai cobaan Allah turun kan buat mawar... ia menjadikan mawar semakin matang dan belajar dari kesilapan diri mawar sendiri.
Sekarang,sebelum mawar sesiapa dalam hidup mawar,mawar kena tahu tentang agamanya dulu..dan lain2 nye kemudian.Alhamdulillah,ia banyak mengajar mawar menjadi dewasa...^_^
terima kasih ya Allah...
Sampai disini dahulu,sekian...

Wassalam...

Ahad, 24 Julai 2011

KISAH TELEFON BURUK & CAKAP BOHONG


بسم الله الرحمن الرحيم
Mari kita baca...
Daripada Hafs bin 'Aasim Radhiyallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda: Memadailah untuk dianggap seseorang itu sebagai pembohong bahawa dia menceritakan semua perkara yang telah didengari tanpa usul periksa (HR Muslim).

Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda: Memadailah untuk seseorang itu dianggap sebagai berdosa bahawa dia menceritakan semua perkara yang didengarinya tanpa usul periksa. (HR Abu Daud).



Keterangan: Menceritakan segala perkara yang didengari tanpa usul periksa adalah satu tingkatan dalam berbohong yang kerananya hilang kepercayaan orang ramai terhadap seseorang.

Ni telefon antik.

P/S: Telefon buruk? Apa pulak kaitannya dengan cakap bohong? Bukan ape, ana teringat masa sekolah kecik2 dulu kami sesama kawan-kawan main 'telefon buruk'. Kami pun beratur la ramai2. Orang pertama kena baca satu cerita pendek yang disediakan kat dalam sekeping kertas, pastu hafal, pastu terus kena pegi cerita kat orang berikutnya secara hafalan jugak. Orang ke dua pulak kena cerita kat orang yang berikutnya apa yang telah dia dengar tadi. Begitulah seterusnya sehingga habis semua orang dengar cerita, tapi dah jadi lain2.. Akhirnya, ntah apa2 cerita yang sampai kat telinga kat orang last... Oh, rupanya ada pengajaran... Nabi pun dah lama pesan, jangan suka menyampai-nyampai cerita kat orang lain tanpa usul periksa. Bukan saja tak betul, malah akan jadi DOSA. Lebih baik kita banyak cakap tentang dakwah, iman & amal... InsyaAllah selamat dunia akhirat.

Wallahu alam.

(Hadis dipetik dari kitab Muntakhab Al-Ahaadith)


Jumaat, 22 Julai 2011

MENCARI DUIT YANG HILANG


بسم الله الرحمن الرحيم

Pada suatu malam, seorang lelaki membawa anaknya berjalan melewati satu tempat. Terdapat tiang lampu di tempat itu. Dia ternampak seorang kanak-kanak duduk termangu di bawah sinaran lampu itu.Seorang kanak-kanak lagi teraba-raba di satu kawasan berumput yang tidak diterangi cahaya, bersebelahan tiang lampu tadi. Dia seperti sedang mencari-cari sesuatu di celah rumput-rumput itu.


"Apa yang kamu cari?" soal lelaki itu kepada kanak-kanak yang sedang terbongkok-bongkok mencari sesuatu itu.


Kanak-kanak itu memandang si lelaki dan menjawab, "Saya mencari duit saya yang tercicir di sini tadi."


"Oh, ye ke.." Lelaki itu tersenyum dan berpaling pula kepada kanak-kanak yang sedang duduk termangu.


"Kenapa pula dengan kamu? Kamu menunggu apa di sini?"


Kanak-kanak itu mengangkat wajahnya dan berkata."Duit saya pun hilang di situ juga tadi."


"Habis kenapa kamu tidak mencarinya?", tanya lelaki itu.


Kanak-kanak itu menjawab dengan selamba,"Tempat itu gelap, macamane saya nak cari?."


Hmm..ye lah, dah orang taknak cari, takkan nak paksa pula kan..
Lalu, lelaki itu menggeleng-geleng kepala dan berlalu pergi bersama anaknya...

(^_^)

Alahai..duit hilang pun taknak cari yerk..kalau hilang RM50 taknak cari balik ke dik.. Mcm2 boleh beli tu...cekelat, kaler pensel, jajan...macam2 lagilah.. Ooo, mungkin budak itu orang yang asal usulnya kaya raya. Antum semua kalau duit hilang, pi cari balik tak? :-) Macam sayang la pulak kan. Buleh beli kitab ke apa ke...


Pengajaran kisah di atas: Duit yang hilang di tempat gelap itu ibarat ilmu agama yang hilang daripada umat Islam hari ini. Kanak-kanak yang mencarinya ibarat penuntut ilmu yang berusaha mencari ilmu yang hilang itu. Lambat laun dia akan menemuinya. Kanak-kanak yang duduk-duduk saja itu ibarat orang yang malas menimba ilmu. Dia tidak akan dapat apa-apa...


Kesimpulannya: Ilmu agama adalah harta umat Islam yang semakin hilang pada akhir zaman. Ia perlu dicari selagi hayat kita di kandung badan...InsyaAllah.


العِلْمُ أنِيْسٌ فِى الْوَحْشَةِ
ILMU PENGHIBUR HATI KETIKA GELISAH

وَمُحَدِّثٌ فِى الْخَلْوَةِ
DAN TEMAN BERBUAL KETIKA KESEORANGAN

وَدَلِيلٌ فِى السَّرَّآءِ وَالضَّرَّآءِ
MENJADI PETUNJUK KETIKA SUKA & DUKA


Err..bagi sesetengah pendapat, mungkin ILMU & DUIT tu dua perkara berbeza.. Takpa2, smuanya betul, boleh diterima. Kita kan muzakarah je....insyaAllah.

Selasa, 19 Julai 2011

Kesilapan diri

Bismillah.


Hari ini baru dapat luang kan sidikit masa untuk blogger mawar. 
Alhamdulillah... Beberapa hari ini mawar belajar banyak benda...
dari kesilapan dan juga kebaikan..semua menjadi tauladan buat mawar.
Mawar tau,Allah sedang menguji keimanan dan kesabaran mawar.
Mawar perlu banyak beristifar pada Allah... insyaAllah...


Hari sabtu hari tu,sepatutnya mawar perlu menghadiri majlis bertemu sahabat-sahabat mawar di rumah seorang sahabat.tapi kerana kesilapan diri mawar,mawar 
ikut kan hati mawar ini,tampa mawar bawa bincang bersama dengan sahabat2 semua,
mawar cancel kan pertemuan itu. bila masa dah berlalu,baru mawar rasa bersalah sangat2
pada sahabat2 semua... terutama pada tuan rumah,kakak2 dan adik2 yg tunggu mawar.
saat ini mawar sedang berusha mohon maaf dari semua... 
Silap nye,"Buat sesuatu x fikir panjang,akhirnye menyesal x sudah..masyaAllah..."


Dan jumaat malam sabtu itu Bonda mawar dan Adik mawar datang rumah mawar.
Bonda dari rumah kakak dan Adik dari sabah(pulang bercuti sebulan sempena cuti sem.)
Bonda cakap pada mawar yang di rumah kakak mawar akan ada jemaah wanita dari kl
tiga malam.dan Bonda ingin pergi ke sana,lalu menghubungi Adik bungsu mawar.
jadi mawar juga serba salah.antara sahaban atau majlis ilmu..???
Oleh kerana mawar cancel kan pertemuan yg indah itu,mawar pn ambik keputusan ikut 
Bonda dan bawa sekali Adik kesayangan mawar.kami tidur di rumah kakak semalam.


Di rumah kakak mawar,mawar kenal ramai juga sahabat2,dalam 7 orang semua.
kami bertukar2 ilmu...sama ada ilmu agama dan juga ilmu kita seharian.


salah satu ilmu nye adelah:
ubat untuk kembung perut (bagi kanak2 dan juga dewasa)
1) ambil secawan air suam
2) masuk kan sesudu kecil tepung gandum 
3) dan kacau hinggal tepung nye larut.
4) lalu di minum hingga habis.


insyaAllah,x sampai 5menet,
perut akan sembuh dengan izin Allah.
insyaAllah.
(mawar berani keluarkan petua ini sebab Bonda mawar telah cuba.)


Dan ilmu agama pula,mawar dapat belajar.
waktu kita nak mula kan baca Al-Quran,kena banyak beristirfar.
selawat,mulakan dengan Al-fatihah dahulu.
baca doa belajar,agar hafalan dan bacaan kita lancar dan dapat kita ingt apa yg kita baca. insyaAllah...


Satu lagi,di awal pagi,selesai kita solat subuh,bacalah surah yasin. 
di kata kan surah yasin dapat memberi kita tenaga seharian terutama yang
bekerja.


Dan tidak lupa juga bacalah  Al-Quran.
"bacalah walau satu ayat"


Setakat sampai di sini dahulu yg dapat mawar kongsikan untuk semua...
semoga berjumpa lagi dan moga Allah pelihara kita semua,amin..


Wassalam.

Isnin, 11 Julai 2011

Halwa Telinga: Taubat Seorang Hamba

Bismillah.

Kadang-kadang kita perlukan sedikit hiburan sebagai menaikkan semangat Islam di dalam diri kita dan juga memberi peringatan tentang matlamat hidup kita di atas dunia ini.




Semoga nasyid ini bukan sekadar halwa telinga tapi ingatan yang mendalam jatuh dalam jiwa.

Wassalam.

Saya Suka Memasak: Popia Langkah Demi Langkah

Assalamualaikum. Jom kita sama-sama buat POPIA! Sedap dimakan sebagai sarapan atau minum petang. Ini cara saya menyediakan POPIA. Semoga dapat membantu sesiapa yang baru nak belajar membuat POPIA.

Popia

Sila lihat gambar langkah demi langkah di bawah.

Bahan-Bahannya
Perencahnya ditumis.
Ayam dipotong dadu.
Ditumis hingga masak dan ditoskan kuahnya.
Kulit popia.
Letakkan sedikit inti.
Sila gulung.
Lipat kiri kanan seperti di atas.
Letak sedikit tepung di bucunya sebagai pelekat.
Sedia untuk digoreng.

InsyaAllah hasilnya selepas digoreng adalah seperti gambar pertama di atas. Selamat mencuba ya!

Niqabku...

Purdah atau niqab xpernah menghalangku tuk terus mencapai cita2..
berniqab xpernah mnyusahkan diriku
berniqab xpernah membebankan diriku..
berniqab menjauhkan aku dari melakukan maksiat padaNya
berniqab mengajar aku erti hidup sebenar..
mnjaga diriku dari melanggar bts2 syariat...

niqab mendidikku jadi seorg wanita..
yg sebetulnya wajib pelihara maruah diri..
mgajarku mjga tingkahlaku...
mendidikku menjaga bait bicara..
mngajar cara utk menghormati...
berdikari...lebih berani...yakin...tabah..sabar.
..
menyayangi...dan mengasihi semua makhluk ciptaanNya..
niqab memudahkanku berkomunikasi dgn semua org...

tanpa segan tanpa malu tuk bertegur sapa sesama muslim..
mngjar aku tuk selalu memaafkan smua org..
meringankan tgn membantu yg memerlukan..
mendekatkan ku dgn akhawat2 yg sama impian dgnku..
mngajarku memberi salam pada semua wlu xpnah mngenali...
walau senyumku terselindung di balik nya..
namun senyuman ku sering dibalas..
Allah...
aku sgt mnyenangi keadaan ini...

jgn pernah kata niqab ni mnyusahkan si pemakai..
kamu xalami apa yg kami alami..
mungkin itu hnya yg kamu nmpak di luar...
'susahnya kamu nk makan'
'xrimas ke pakai mcm ni?'
'mcmana nk buat kerja pakai mcm ni?'

NIQAB bukan penghalang
hanya perlu yakin dan berani
kamu boleh lakukan apa saja dgn izin dariNYA
hidup ini indah bila semuanya meyakinkan =)

YA ALLAH ISTIQOMAHKANLAH HATIKU....
walau ujian dan cabaran yg dtg aku tetap dgn pendirianku..
bantulah hambamu ya ALLAH dlm meneruskan perjuangan islam ini..
amin ya rabbal a'lamin....


Sumber foto: Sunnahstyle.com

Kata-Kata Dari Ulamak

KATA-KATA DARI ULAMAK DUA PERKARA YANG PERLU SANGAT MANUSIA INGAT ADALAH:

1-"Ingatlah kejahatan kita pada orang lain.

2-Ingat lah kebaikan orang kepada kita.


DUA PERKARA YANG PERLU SANGAT KITA LUPA ADALAH:

1-Lupakan kejahatan orang kepada kita.

2-Lupakan kebaikan kita pada orang."

Mencipta satu sejarah baru.

Bismillah.

Alhamdulillah pada hari ini telha tercipta satu sejarah baru dalam diri yatimawar apabila blog ini berjaya diwujudkan.

InsyaAllah bermula pada hari ini yatimawar akan lebih bersemangat untuk berkongsi ilmu pengetahuan dalam beberapa bidang yang yatimawar tahu dan juga sedikit pengalaman dari kehidupan yatimawar sendiri.

Semoga perkongsian di dalam blog HIDAYAH DARI ALLAH ini akan menjadi bekalan kebajikan buat yatimawar di akhirat nanti.

Yatimawar juga berharap apa yang yatimawar kongsikan di sini jika dibaca oleh orang lain, akan turut memberi kesan positif di dalam diri mereka.

Mohon Allah berkati usaha yatimawar ini dan melindungi penulisan yatimawar dari unsur-unsur mazmumah.

Allahua'lam.

Yatimawar



ps: ini sekadar entri percubaan dari blog designer :)