Jumaat, 22 Julai 2011

MENCARI DUIT YANG HILANG


بسم الله الرحمن الرحيم

Pada suatu malam, seorang lelaki membawa anaknya berjalan melewati satu tempat. Terdapat tiang lampu di tempat itu. Dia ternampak seorang kanak-kanak duduk termangu di bawah sinaran lampu itu.Seorang kanak-kanak lagi teraba-raba di satu kawasan berumput yang tidak diterangi cahaya, bersebelahan tiang lampu tadi. Dia seperti sedang mencari-cari sesuatu di celah rumput-rumput itu.


"Apa yang kamu cari?" soal lelaki itu kepada kanak-kanak yang sedang terbongkok-bongkok mencari sesuatu itu.


Kanak-kanak itu memandang si lelaki dan menjawab, "Saya mencari duit saya yang tercicir di sini tadi."


"Oh, ye ke.." Lelaki itu tersenyum dan berpaling pula kepada kanak-kanak yang sedang duduk termangu.


"Kenapa pula dengan kamu? Kamu menunggu apa di sini?"


Kanak-kanak itu mengangkat wajahnya dan berkata."Duit saya pun hilang di situ juga tadi."


"Habis kenapa kamu tidak mencarinya?", tanya lelaki itu.


Kanak-kanak itu menjawab dengan selamba,"Tempat itu gelap, macamane saya nak cari?."


Hmm..ye lah, dah orang taknak cari, takkan nak paksa pula kan..
Lalu, lelaki itu menggeleng-geleng kepala dan berlalu pergi bersama anaknya...

(^_^)

Alahai..duit hilang pun taknak cari yerk..kalau hilang RM50 taknak cari balik ke dik.. Mcm2 boleh beli tu...cekelat, kaler pensel, jajan...macam2 lagilah.. Ooo, mungkin budak itu orang yang asal usulnya kaya raya. Antum semua kalau duit hilang, pi cari balik tak? :-) Macam sayang la pulak kan. Buleh beli kitab ke apa ke...


Pengajaran kisah di atas: Duit yang hilang di tempat gelap itu ibarat ilmu agama yang hilang daripada umat Islam hari ini. Kanak-kanak yang mencarinya ibarat penuntut ilmu yang berusaha mencari ilmu yang hilang itu. Lambat laun dia akan menemuinya. Kanak-kanak yang duduk-duduk saja itu ibarat orang yang malas menimba ilmu. Dia tidak akan dapat apa-apa...


Kesimpulannya: Ilmu agama adalah harta umat Islam yang semakin hilang pada akhir zaman. Ia perlu dicari selagi hayat kita di kandung badan...InsyaAllah.


العِلْمُ أنِيْسٌ فِى الْوَحْشَةِ
ILMU PENGHIBUR HATI KETIKA GELISAH

وَمُحَدِّثٌ فِى الْخَلْوَةِ
DAN TEMAN BERBUAL KETIKA KESEORANGAN

وَدَلِيلٌ فِى السَّرَّآءِ وَالضَّرَّآءِ
MENJADI PETUNJUK KETIKA SUKA & DUKA


Err..bagi sesetengah pendapat, mungkin ILMU & DUIT tu dua perkara berbeza.. Takpa2, smuanya betul, boleh diterima. Kita kan muzakarah je....insyaAllah.

Tiada ulasan: