Khamis, 4 Februari 2021

Nak tulis apa ye?

 Assalamualaikum.

Selamat malam. Macam dah lama kan tak tulis apa-apa dalam blog saya ni. 😅 rasa macam nak mula kan semula penulisan blog ni.. masih ada lagi tak ye yang sudi membaca?

Dah hampir bertahun jugak tak tulis apa-apa ni.. harap masih ada idea untuk di kongsikan.

Okey nanti sambung lagi.. semalam malam semua. 

Isnin, 15 Februari 2016

"Ibu, mengapa Ibu menangis?".

Assalamualaikum...

Sekadar hiasan


Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya kepada ibunya. "Ibu, mengapa Ibu menangis?". Ibunya menjawab, "Sebab, Ibu adalah seorang wanita, Nak". "Aku tak mengerti" kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti...."

Kemudian, anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa Ibu menangis? Sepertinya Ibu menangis tanpa ada sebab yang jelas?"Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan". Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya.
Lama kemudian, si anak itu tumbuh menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis.

Pada suatu malam, saya bermimpi,datangla seoarang lelaki, mengapa wanita mudah sekali menangis?"Dalam mimpinya, Tuhan menjawab,"Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu harus cukup nyaman danlembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, danmengeluarkan bayi dari rahimnya, walau, seringkali pula, ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu.

Kuberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.

Pada wanita, Kuberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam kondisi apapun, dan dalam situasi apapun. Walau, tak jarang anak-anaknya itu melukai perasaannya, melukai hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada
bayi-bayi yang terkantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa-masa sulit, dan enjadi pelindung baginya. Sebab, bukankah tulang rusuklah yang melindungi setiap hati dan
jantung agar tak terkoyak?Kuberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk
memberikan pengertian dan menyadarkan, bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai istrinya. Walau, seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang
diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi.

Dan, akhirnya, Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkanperasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan kapanpun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan".

Maka, dekatkanlah diri kita pada sang Ibu kalau beliau masih hidup

p/s: di hati ku tercalit perasaan rindu pada Ibu dan Ibu mertua ku...
sungguh hati ini merindui mereka...
mawar berduri.

Khamis, 7 Januari 2016

Bertemu kembali di tahun baru 2016 (^_^)

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Kita semua masih lg di beripeluang untuk melalui tahun baru 2016..

Dan telab kita lalui tahun 2015 dengan bermacam² memori dan kenangan manis...
Moga ia menjadi kenang terindah buat kita semua...

Lama rasa nye saya menyepi kan diri.. Dalam blog ini kan..
Berhabuk dah.. Hehe..

Saya harap moga tahun ini, akan menjadi tahun yang baik buat kita semua.. Amin..
Apa pun, masih tak terlambat lg kan untuk saya ucap kan, selamat tahun baru buat semua.. (^_^)

Saya sebenarnya, sedang merindui.. Dan terus merindui.. Insan yang jauh di mata, tp dekat di hati.. Moga hati saya terus tabah dan kuat melawan kerinduan ini.. (^^,)

Ok lah.. Tak tau nak tulis ap lagi.. Inshaa Allah, jika ada kisah² menarik, akan saya share buat tatapan semua..

Jumpa lagi.. Wassalam..

Khamis, 29 Januari 2015

Perlukah wanita yang keguguran berpantang?

Perlukah wanita yang keguguran berpantang?

Assalamualaikum...

Adakah perlu untuk seorang wanita yang mengalami keguguran berpantang seperti orang yang bersalin. Pada pendapat saya sendiri memang perlu untuk memastikan badan kita kembali sihat dan segar. Walau apapon terpulanglah pada individu masing-masing.

Jika mengikut amalan orang Melayu, setiap wanita yang keguguran memang perlu berpantang. Malah ada sesetengahnya mengamalkan pantang yang lebih ketat daripada wanita bersalin. Namun, dalam masyarakat moden hari ini, tidak ramai wanita yang ­menganggapnya satu perkara penting.

Menurut Dr Cecelia, wanita yang mengalami keguguran memang disarankan berpantang, khususnya daripada mengadakan hubungan kelamin atau memasukkan sesuatu ke dalam vagina termasuk menggunakan tampon atau melakukan douche (memancutkan air ke dalam vagina untuk membersihkannya) sekurang-kurangnya selama dua minggu.

Dalam soal makan, tiada halangan asalkan mengamalkan pemakanan ­seimbang dan berkhasiat. Pun begitu tidak rugi jika mematuhi pesanan orang tua dalam soal berpantang makan demi kebaikan diri sendiri.

Ada satu lagi persoalan yang kerap diajukan iaitu bolehkah wanita keguguran mengandung. Ya, boleh. Ramai wanita boleh mengandung dan melahirkan anak secara normal selepas mengalami keguguran.

“Memang secara tradisionalnya wanita disaran untuk berpantang selama dua hingga tiga bulan untuk mengandung semula, tetapi kajian menunjukkan tidak ada peningkatan risiko jika mengandung lebih awal. Secara perubatan, wanita boleh mengandung ­selepas sekali kitaran haid yang normal. Bagi kebanyakan wanita, haid mereka akan kembali dalam tempoh empat hingga enam minggu selepas keguguran.

“Biasanya badan wanita mengambil masa beberapa minggu hingga sebulan atau beberapa bulan untuk pulih selepas keguguran. Tempoh ini bergantung kepada lama seseorang itu mengandung (usia kandungan) sebelum keguguran berlaku. Contohnya, sesetengah hormon kehamilan terus berada dalam darah selama satu atau dua bulan selepas keguguran.

“Bagaimanapun, seseorang wanita itu tidak sepatutnya tergesa-gesa untuk mengandung semula. Kalau masih dibayangi rasa sedih dan tertekan, tangguhkan dulu hasrat untuk mengandung. Jangan salahkan diri sendiri apabila mengalami keguguran. Apabila ­keadaan fizikal dan emosi sudah bersedia, barulah berusaha untuk mengandung semula. Ini lebih baik untuk kesihatan diri dan bayi dalam kandungan,” katanya.

Tekanan emosi dialami wanita keguguran bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Pada ketika ini, sokongan suami dan keluarga amat penting untuk menguatkan semangatnya. Anda juga boleh berbincang dan berbual dengan wanita lain yang pernah melalui pengalaman menyedihkan ini untuk belajar bagaimana mereka menghadapinya.


Saya sangat setuju tentang emosi wanita yang keguguran memang tidak boleh dipandang ringan. Saya sendiri sedaya upaya mengawal perasan dan setiapkali rasa sedih datang, saya basahkan lidah zikrullah..hanya itu yang mampu dilakukan kerana kita tidak boleh solat. Dengan zikir, hati akan mudah rasa tenang. Nanti saya share tips untuk menghadapi ujian Allah ini pada lain artikel.

Untuk cepat sihat dan cergas,saya amalkan mengambil suplemen dan sememangnya pihak hospital juga membekalkan saya dengan suplemen. Suplemen yang dibekalkan asid folic, b complex dan iron. Tetapi sekiranya anda mahukan kelainan, anda boleh ambil set berpantang shaklee. Tiada salahnya kerana shaklee juga suplemen yang selamat, semulajadi, halal dan berkesan.



Jumaat, 21 November 2014

6 Cara Mengawal Nafsu Makan



Adakah anda seorang yang susah nak kawal makan? jom ketahui Cara Mengawal Nafsu Makan di sini..

Berat badan sering menjadi masalah bagi setiap orang, tak kira lelaki ataupun wanita. Tubuh yang gemuk boleh boleh membuatkan seseorang itu berasa rendah diri serta hilang keyakinan untuk berhadapan dengan ramai orang.

Bagi anda yang sedang berdiet, pasti ingin diet dengan mengurangi nafsu makan. Bagaimana mahu mengurangi nafsu makan yang berlebihan itu  dengan lebih berkesan?

Berikut beberapa cara yang boleh anda praktik untuk membantu dalam pengawalan nafsu makan.

Cara Mengawal Nafsu Makan adalah seperti berikut:

1.   Minum air putih dengan  lebih banyak

Ramai di antara kita yang tidak dapat membezakan antara rasa lapar dengan dehidrasi.

Adakalanya anda merasakan perut kosong dan menganggapnya sebagai rasa lapar. Anda kemudian mengambil makanan yang sebenarnya tidak diperlukan oleh tubuh.  Untuk mengatasinya, anda harus selalu bersedia dengan air putih sebagai ‘jalan selamat’ jika anda terasa ‘lapar’.

2.   Bersenam

Buang jauh-jauh anggapan sebahagian orang bahawa bersenam hanya akan membuatkan anda berasa semakin lapar; bersenam justeru akan membantu mengurangi nafsu makan!

3.   Jangan lambat bersarapan

Dalam menjalani aktiviti harian anda, sarapan sangat penting.  Jadi, jangan lengah-lengahkan waktu sarapan pagi. Jika anda tidak bersarapan, anda akan berasa sangat lapar. Kesudahannya,  anda akan menmakan tengahari dengan jumlah lebih banyak. Perkara ini tidak baik bagi tubuh. Dengan bersarapan, maka metabolism tubuh anda akan bekerja lebih awal, dan membuatkan anda berasa lebih lama kenyang.

4.  Pengambilan protein ketika sarapan

Protein membantu anda mempertahankan energi dan tenaga untuk melakukan aktiviti sepanjang hari. Oleh sebab itulah, sebaiknya ambil makanan yang rendah kalori namun berprotein tinggi ketika bersarapan pagi.

5. Pengambilan teh

Anda gemar ‘makan-makan’ , terutama makanan ringan seperti kerepek atau coklat pada petang hari atau ketika anda berasa bosan/stress? Ganti kebiasaan ‘makan-makan’ dengan minum teh hijau panas. Ekstrak teh hijau akan meningkatkan ‘norepinefrin’(hormone yang meningkatkan pengeluaran kalori) pada taraf sel sehingga pengeluaran kalori dapat ditingkatkan. Selain itu, teh hijau juga dapat meningkatkan metabolism lemak, pengeluaran kalori dan penurunan berat badan.

6.  Makan dengan teratur

Makan besar dengan jumlah yang banyak sekali atau dua kali dalam sehari menjadi satu kesalahan, Yang penting, adalah makan dengan teratur tiga hingga empat kali sehari, namun dengan jumlah yang sedikit. Perkara ini akan menghindarkan anda daripada sering berasa lapar, yang biasanya akan membuatkan anda makan lebih banyak.

Khamis, 13 November 2014

Tips Kehamilan – Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Mengandung


Setiap pasangan berkahwin pasti mengimpikan cahaya mata sebagai pengikat kasih mereka. Tentunya berita kehamilan paling ditunggu selepas diijabkabulkan, namun kehamilan buat pertama kali pasti memberi pengalaman baru kepada setiap wanita.
Perasaan berdebar, takut dan gembira pasti menyelubungi setiap pasangan. Banyak petua dan pantang larang perlu diikuti sewaktu hamil bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.


Gambar sekadar hiasan

Pengalaman hamil pasti memberi pengalaman manis sebelum bergelar ibu. Gejala seperti morning sickness, loya, pening antara simptom biasa dialami setiap bakal ibu. Selelah menampakkan Tanda Awal Hamil Atau Mengandung, anda hendaklah bersedia dengan pantang larang tersebut:

Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Mengandung

    Penjagaan kuku tangan kaki
 – Anda sering mendapatkan rawatan kuku di salun sebelum ini. Jika boleh, elak melakukannya ketika hamil, terutama pada tiga bulan pertama usia kandungan anda. Ini kerana produk kecantikan yang digunakan mengandungi bahan kimia. Lebih baik anda mengambil langkah berjaga-jaga menghindarinya.

    Jalani rawatan muka
 – Jika sekadar mencuci biasa menggunakan produk bebas daripada bahan kimia, tidak mengapa. Namun, pastikan produk digunakan bersih dan tidak mengandungi bahan berbahaya.

    Mewarna rambut
 – Seboleh-bolehnya elakkan, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna meresap ke dalam kulit dan menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan.

    Kasut bertumit
 – Tak perlu bergaya dengan kasut bertumit ketika hamil kerana semakin bertambah usia kehamilan, semakin bertambah berat badan yang mempengaruhi graviti tubuh dan mudah membuat ibu hamil hilang keseimbangan serta terjatuh.

    Ubat nyamuk
 – Elak apa saja jenis ubat nyamuk tidak kira jenis semburan, yang dibakar atau sapuan sekalipun. Ubat nyamuk mengandungi bahan kimia berbahaya dan boleh menjejaskan kandungan anda.

    Derma darah
– Ibu hamil tidak digalakkan menderma darah disebabkan mudah mengalami anemia (kekurangan darah) sedangkan anda perlukan banyak darah untuk kehamilan.

    Bawa barang
– Elak membawa barang berat, apatah lagi setelah kehamilan memasuki trimester terakhir.

    Durian
– Elak memakan durian, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana ia boleh merangsang kontraksi yang akhirnya menyebabkan keguguran.

Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Mengandung Tips Kehamilan Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Mengandung

    Kapal terbang
 – Elak menaiki kapal terbang pada trimester terakhir kehamilan, apatah lagi jika anda tergolong dalam kehamilan berisiko atau menghadapi masalah kesihatan. Tekanan di udara boleh menambah risiko terhadap kehamilan.
    Gincu bibir
– Jika anda suka memakai gincu ketika hamil, elakkan tabiat suka menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna di dalam gincu jika tertelan boleh membahayakan janin.

    Krim pemutih
 – Lupakan krim pemutih ketika ini. Kandungannya boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin.

    Ubat jerawat
 – Wajah anda dipenuhi jerawat setelah mula hamil? Ia perkara biasa kerana faktor perubahan hormon untuk proses kehamilan. Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan pertumbuhan janin anda. Cara lebih selamat, kerap mencuci muka untuk mengurangkan penghasilan minyak yang menyebabkan jerawat. Atasi jerawat setelah melahirkan nanti.

Makanan yang harus dielak sewaktu hamil

Makanan mentah dan separuh masak, misalnya kafein, sushi, telur separuh masak, steak, makanan ringan, alkohol dan nikotin kerana mengakibatkan gejala tidak elok. Gula juga tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan komplikasi seperti kencing manis ketika mengandung. Ia juga boleh menyebabkan bayi besar.


Dapatkan SET KEHAMILAN shaklee untuk kesihatan yang lebih bermakna..

Jika ingin dapat kan maklumat lanjut sila hubungi saya di whatsapp
Norhayati
01239843916

Atau fb saya 
NorHayati Kamsani
Www.facebook.com/mawar.berduri2

SID shaklee 1171558


Ahad, 2 November 2014

Happy Anniversary

Happy Anniversary


Hari pernikahan kami


Bismillah...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah... Hari ini genap setahun usia perkahwinan kami.. (^_^)

Begitu cepat waktu berlalu.. Pejam celik- pejam celik, setahun sudah berlalu.. Rase macam baru semalam kami di ijab kabul oleh ustaz fauzi di masjid seri petaling..

2/11/2013 bersamaan 28/Zulhijjah 1434. Lepas solat zohor... Kami datang ke masjid seri petaling.. jam 2 lebih.. Dalam pada kami di nikah kan.. Hujan turun sangat lebat selebat nye... Sehingga saya juga ahli keluarga dua belah pikah tak dapat dengar suara juru nikah dan suami ku.


Hujan yg sangat lebat mencurah2.. Allahu.. Alhamdulillah...Berwalikan ayahku
Dua saksi abang dan adik ku..Dengan dua kali lafaz diriku bergelar isteri.. Tak tergambar perasaan ini.. Sayu, gembira, sedih semua bercampur baur..
Terasa Macam dalam mimpi juga pun ada.. (^_^)'

Masa itu berlalu begitu pantas menjadi kan ia sebagai memori indah.. Alhamdulillah.. Syukur pada Allah..

Dan kenduri kecik saje di buat di kediaman mak dan ayah saya di Taman Putra Perdana Puchong Selangor..
Walau  sederhana tetapi meriah..
Jamuan lelaki di buat di surau as-sakinah
Jamuan perempuan buat di rumah..

Dengan dikunjungi sanak saudara dan sahabat² jauh dan dekat.. Alhamdulillah segalanye berjalan dengan sempurna..

Selesai saja waktu kendiri jam 4pm..
Hujan turun dengan lebat lagi..
Bersyukur juga waktu kenduri hanya mendung saja.. :)

Di sini saya kongsikan gambar2 kenangan bahagia saya dan suami buat tatapan pembaca..




Bersama kakak²
dan anak2 buahku

Kawan madrasah
Shada dan marina

Makcik² ku

Sahabat² ku

Antara tetamu yg hadir

Cik nora dan hidayah..
Jiran ku.

Harapan dan doaku.. Moga kami terus sabar melalui alam rumah tangga yg penuh cabaran.. bahagia dan memiliki cahaya mata inshaAllah itu adalah impian setiap insan.. Usha doa dan tawakal.. 

Doakan kami ye.. (^_^)*
Akhir kata.. Selamat berhujung minggu.. 
Wassalam...


Diari seorang suami

Diari seorang suami.

30hb , suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 , bil telephone suami dan isteri Rm200.00 , bill elektrik Rm170.00 , ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm150.00 ..serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan...lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja..terus di sambut ngan isteri satu soalan " ari ni hari gaji abang kan??..jom pergi beli barang dapur byk dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm ni sebab I tak laratlah nak masak ari ni... bebudak pun esok hari sabtu cutikan?" Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut pulak dengan anak yang bongsu " Ayah cikgu adik cakap hari isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yg baru." Isteri spontan menyampuk " mintak kat ayah..ayah baru dapat gaji..sambil anak yg sulung pula mencelah .." ayah kakak pun nak duit Rm 30.00 hari Isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan ni"..Si suami terus mengeluarkan Rm50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong ..

Kemudian bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah Rm50.00..Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dgn jumlah Rm 250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk barang basah..

setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut kerumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dpat pagi tadi sebanyak Rm300.00 sahaja.Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi..

Keesokannya, pagi Sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi...suami pun pergilah beli dengan modal Rm5.00 dan surat khabar Rm1.50.. manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu...si suami ikutkan jugak dlm keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 ..

Sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dengan tudung bawal berharga Rm15.00 mintak dibelikan..suami pun keluarkan duit bayar..kemudian bila ke depan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak anak yg berharga Rm15.00 sehelai..isteri pun selamba kata, "bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh..belikan diorg yg baru ni.murah jer Rm15.00 hingget"...Suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk baju tidur anak anak. 

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik ke rumah bersama sama..tetapi dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar lalu minta singgah di kedai makan untuk makan malam...Sang ayah kesiankan dengan rengekan anak, singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dengan membayar Rm30.00 lagi..Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah Rm188.50.

Keesokannya hari Ahad...isteri suruh pergi kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi...suami modalkan lagi Rm7.00 dan Rm1.50 untuk suratkhabar...tinggallah duit gaji genap Rm180.00..Malamnya pula beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta...

Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dgn berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yg akan datang samada sampai atau tidak??....selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung..suami katakan tidak.ada modal...lalu isteri menjawab dengan sinis "kalau ajak balik.kampung saya jer takder duit...kalau ajak balik kampung saya jer abang kata takde duit...mana pergi duit gaji abang selama ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit...abang ada pompuan lain ke??" Terpinga pinga suami. Nak di jawab jadi perang...nak di ceritakan yang sebenar nanti disalahkan balik.

diperolehi dari FB Usamah Hishamuddin

Jumaat, 31 Oktober 2014

Mengapa Berniqab?

Assalamualaikum semua.....

 
Mengapa berniqab? Bukannya wajib pon.....Kenapa mesti nak berniqab? Kenapa jadi begitu extremist mcm ni?
 
Uiiiii......Banyaknya persoalan... Dan itulah persoalan sesetengah org kepada saya....
 
Saya tau, berniqab ni mmg tak wajib...Dan dlm Al-Quran pon tiada hadith sahih yg mewajibkan seorang Muslimah memakai niqab...
 
Tapi, yang pastinya, ini adalah pakaian isteri2 Rasulullah saw...Dan salah satu sunnah yg boleh kita ikuti....
 
Apa salahnya kan? Walaupun berniqab ni tak wajib, saya kira tak salah kalau kita berniqab ni dgn niat utk mendekatkan diri dgn ALLAH....
 
Tapi, semua ni bergantung pada niat kita la kan...Kenapa kita berniqab? Untuk menunjuk2 atau untuk mencari kasih sayang ALLAH.... Semuanya bergantung pada niat kita yg hanya ALLAH sahaja yang tahu....
 
Jadi, pada pendapat saya, setiap muslimah yang berniqab itu ada pendapat dan alasan mereka tersendiri mengapa mereka berniqab...Saya pon sama..Saya ada alasan dan sebab peribadi yang membuatkan dan menggerakkan hati saya untuk berniqab....
 
Yang ini saya petik dari satu group untuk para Niqabis di Facebook. Dan saya setuju denga huraian mengenai pemakaian niqab ni:-
 
"Pakai niqab tidak lah menunggu sehingga kita betul2 fakih dalam ilmu agama, dan tidak lah menunggu sehingga ilmu kitab tinggi tahap alimah. Kalau kita sendiri tahu apa kah fungsi sebenarnya niqab ni?"

"Niqab adalah untuk menutup fitnah, melindungi diri, menjaga maruah, tidak kene mengena dgn ilmu di dada. Tetapi apabila kita sudah membawa imej seperti itu, kita perlulah selaraskan dgn pembawakkan kita, ianya adalah salah satu jambatan untuk kita pergi lebih jauh dalam mencari redha Allah.. Sebenarnya apabila kita berniqab, membawa imej yang baik, segala Akhlak kita akan terjaga, mana mgkin org yg berniqab sanggup berkelakuan yg tidak senonoh? Kalau ada pn bilangannya terlalu sedikit, serba sedikit dapat mendidik diri kita. Buatlah semua itu semata-mata mencari redha Allah."
 
Baiklah...sampai sini saja la nukilan saya....
 
Mengapa berniqab? Itu semua atas alasan peribadi yang pastinya salah satunya ialah untuk mencari keredhaan ALLAH dan menagih kasih dari ALLAH swt.......
 
Wassalam...Yang buruk itu semuanya dari saya dan yang baik itu semuanya dari ALLAH swt....
 
Moga memberi manfaat pada semua, Insyaallah.

Rabu, 29 Oktober 2014

Murtabak Ayam Special for MyLove

Assalamualaikum semua...
Nak share cita sikit..
Lama dah tak bual2 dlm blog ni. Hehe..
Busy la kate kan.. Urus rumah tangga dan biz.. Alhamdulillah... :D




Macam ni... 
Semalam.. Tiba² je mylove suara kan yang dia nak makan murtabak.. Tekejut la juga.. Pekara yg tak pernah sy buat tu!.. Selalu mak sy je la yg buat... Sy tukang tengok je..

Jadi mula tu berat juga nak buat sbb mmg tak tau buat pun.. Fikir² kesian pula..
Jadi sy cari la resepi nye dlm google.com
Resepi murtabak ayam.. 

Alhamdulillah jumpa.. 
Lepas solat isyak sy mula buat..
Saya start buat inti nye dulu isi ayam dan kentang.. Bt yg ringkas2 je..

Bila dah siap masak inti. Buat tepung pula, 
Mula² tu mcm leceh je.. Tepung melekat di tapak tangan.. Lama2.. Bila nak tebar tu letak la minyak.. Boleh pn...

Dan mula panas kan kuali leper..
Letak minyak sikit.. 
Bila panas letak murtabak tu..
Api slow je..
Bila rase dah gareng tebalik kan..
Dah gareng dn masak.. Angkat masuk dlm piring. 

Saya buat yg ada inti separuh.. Yg kosong separuh.. Alhamdulillah... Mylove yg makan dengan selera sampai habis... 
 Dapat prngalaman baru.. Ilmu baru.

Pengalaman itu membuat kita rase gembira... (^_^)




Ok bawah ni saya share resepi murtabak ayam nye sekali.
Jika siapa² nak cuba buat silakan.. 

RESIPI MURTABAK AYAM
*  Adunan ini dapat menghasilkan sebanyak 10 biji murtabak

Kulit Murtabak
2 cawan tepung gandum
Sedikit garam
Sedikit gula
Air
Planta

Cara menyediakan kulit Murtabak
1.  Masukkan sedikit gula ke dalam tepung gandum
2.  Garam dicampurkan sekali di dalam air
3.  Air garam dimasukkan sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan tepung, Uli sehingga menjadi doh.
4.  Bentukkan separuh bola tenis dan disapu dengan planta di sekeliling doh tersebut.  Rehatkan dalam 3-4 jam

Inti Murtabak
Setengah kilo daging / ayam yang dicincang / hancur
2 biji kentang
1 ulas bawang besar (sederhana)
3 ulas bawang putih
Setengah inci halia
Air asam jawa
Serbuk kari
Serbuk kurma
Minyak masak
Air
Secubit garam
Sedikit gula

Langkah menyediakan inti murtabak
1.  Tumis bawang besar, bawang putih dan halia.  Masukkan daging tadi.
2.  Masukkan air asam jawa, serbuk kari, serbuk kurma, sedikit air dan kentang yang dipotong dadu tadi.
3.  Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
4.  Masak sehingga airnya agak kering.

Cara mencanai murtabak
1.  Canaikan bebola ini nipis-nipis.
2.  Ambilkan sedikit inti murtabak, campurkan dengan sebiji telor dan sedikit bawang besar yang telah dimayang.  Kacau sebati dan tuangkan ke atas doh yang leper itu.  Lipat dan goreng dengan api yang perlahan agar masak dengan sempurna.
3.  Boleh laa cicah dengan kuah murtabak ini

Kuah murtabak

Campurkan gula, cuka, air (supaya tidak terlalu masam), bawang merah dan beberapa titik sirap.  Kacau sebati.

Mudah kan? Jom la cuba... InshaAllah.. Sedap... :)
Ok lah sampai sini dulu ye..
Ada waktu inshaAllah.. Sy share lg... 
Wassalam...