Perlukah wanita yang keguguran berpantang?
Assalamualaikum...
Adakah perlu untuk seorang wanita yang mengalami keguguran berpantang seperti orang yang bersalin. Pada pendapat saya sendiri memang perlu untuk memastikan badan kita kembali sihat dan segar. Walau apapon terpulanglah pada individu masing-masing.
Jika mengikut amalan orang Melayu, setiap wanita yang keguguran memang perlu berpantang. Malah ada sesetengahnya mengamalkan pantang yang lebih ketat daripada wanita bersalin. Namun, dalam masyarakat moden hari ini, tidak ramai wanita yang menganggapnya satu perkara penting.
Menurut Dr Cecelia, wanita yang mengalami keguguran memang disarankan berpantang, khususnya daripada mengadakan hubungan kelamin atau memasukkan sesuatu ke dalam vagina termasuk menggunakan tampon atau melakukan douche (memancutkan air ke dalam vagina untuk membersihkannya) sekurang-kurangnya selama dua minggu.
Dalam soal makan, tiada halangan asalkan mengamalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat. Pun begitu tidak rugi jika mematuhi pesanan orang tua dalam soal berpantang makan demi kebaikan diri sendiri.
Ada satu lagi persoalan yang kerap diajukan iaitu bolehkah wanita keguguran mengandung. Ya, boleh. Ramai wanita boleh mengandung dan melahirkan anak secara normal selepas mengalami keguguran.
“Memang secara tradisionalnya wanita disaran untuk berpantang selama dua hingga tiga bulan untuk mengandung semula, tetapi kajian menunjukkan tidak ada peningkatan risiko jika mengandung lebih awal. Secara perubatan, wanita boleh mengandung selepas sekali kitaran haid yang normal. Bagi kebanyakan wanita, haid mereka akan kembali dalam tempoh empat hingga enam minggu selepas keguguran.
“Biasanya badan wanita mengambil masa beberapa minggu hingga sebulan atau beberapa bulan untuk pulih selepas keguguran. Tempoh ini bergantung kepada lama seseorang itu mengandung (usia kandungan) sebelum keguguran berlaku. Contohnya, sesetengah hormon kehamilan terus berada dalam darah selama satu atau dua bulan selepas keguguran.
“Bagaimanapun, seseorang wanita itu tidak sepatutnya tergesa-gesa untuk mengandung semula. Kalau masih dibayangi rasa sedih dan tertekan, tangguhkan dulu hasrat untuk mengandung. Jangan salahkan diri sendiri apabila mengalami keguguran. Apabila keadaan fizikal dan emosi sudah bersedia, barulah berusaha untuk mengandung semula. Ini lebih baik untuk kesihatan diri dan bayi dalam kandungan,” katanya.
Tekanan emosi dialami wanita keguguran bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Pada ketika ini, sokongan suami dan keluarga amat penting untuk menguatkan semangatnya. Anda juga boleh berbincang dan berbual dengan wanita lain yang pernah melalui pengalaman menyedihkan ini untuk belajar bagaimana mereka menghadapinya.

Saya sangat setuju tentang emosi wanita yang keguguran memang tidak boleh dipandang ringan. Saya sendiri sedaya upaya mengawal perasan dan setiapkali rasa sedih datang, saya basahkan lidah zikrullah..hanya itu yang mampu dilakukan kerana kita tidak boleh solat. Dengan zikir, hati akan mudah rasa tenang. Nanti saya share tips untuk menghadapi ujian Allah ini pada lain artikel.
Untuk cepat sihat dan cergas,saya amalkan mengambil suplemen dan sememangnya pihak hospital juga membekalkan saya dengan suplemen. Suplemen yang dibekalkan asid folic, b complex dan iron. Tetapi sekiranya anda mahukan kelainan, anda boleh ambil set berpantang shaklee. Tiada salahnya kerana shaklee juga suplemen yang selamat, semulajadi, halal dan berkesan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan