Jumaat, 21 November 2014

6 Cara Mengawal Nafsu Makan



Adakah anda seorang yang susah nak kawal makan? jom ketahui Cara Mengawal Nafsu Makan di sini..

Berat badan sering menjadi masalah bagi setiap orang, tak kira lelaki ataupun wanita. Tubuh yang gemuk boleh boleh membuatkan seseorang itu berasa rendah diri serta hilang keyakinan untuk berhadapan dengan ramai orang.

Bagi anda yang sedang berdiet, pasti ingin diet dengan mengurangi nafsu makan. Bagaimana mahu mengurangi nafsu makan yang berlebihan itu  dengan lebih berkesan?

Berikut beberapa cara yang boleh anda praktik untuk membantu dalam pengawalan nafsu makan.

Cara Mengawal Nafsu Makan adalah seperti berikut:

1.   Minum air putih dengan  lebih banyak

Ramai di antara kita yang tidak dapat membezakan antara rasa lapar dengan dehidrasi.

Adakalanya anda merasakan perut kosong dan menganggapnya sebagai rasa lapar. Anda kemudian mengambil makanan yang sebenarnya tidak diperlukan oleh tubuh.  Untuk mengatasinya, anda harus selalu bersedia dengan air putih sebagai ‘jalan selamat’ jika anda terasa ‘lapar’.

2.   Bersenam

Buang jauh-jauh anggapan sebahagian orang bahawa bersenam hanya akan membuatkan anda berasa semakin lapar; bersenam justeru akan membantu mengurangi nafsu makan!

3.   Jangan lambat bersarapan

Dalam menjalani aktiviti harian anda, sarapan sangat penting.  Jadi, jangan lengah-lengahkan waktu sarapan pagi. Jika anda tidak bersarapan, anda akan berasa sangat lapar. Kesudahannya,  anda akan menmakan tengahari dengan jumlah lebih banyak. Perkara ini tidak baik bagi tubuh. Dengan bersarapan, maka metabolism tubuh anda akan bekerja lebih awal, dan membuatkan anda berasa lebih lama kenyang.

4.  Pengambilan protein ketika sarapan

Protein membantu anda mempertahankan energi dan tenaga untuk melakukan aktiviti sepanjang hari. Oleh sebab itulah, sebaiknya ambil makanan yang rendah kalori namun berprotein tinggi ketika bersarapan pagi.

5. Pengambilan teh

Anda gemar ‘makan-makan’ , terutama makanan ringan seperti kerepek atau coklat pada petang hari atau ketika anda berasa bosan/stress? Ganti kebiasaan ‘makan-makan’ dengan minum teh hijau panas. Ekstrak teh hijau akan meningkatkan ‘norepinefrin’(hormone yang meningkatkan pengeluaran kalori) pada taraf sel sehingga pengeluaran kalori dapat ditingkatkan. Selain itu, teh hijau juga dapat meningkatkan metabolism lemak, pengeluaran kalori dan penurunan berat badan.

6.  Makan dengan teratur

Makan besar dengan jumlah yang banyak sekali atau dua kali dalam sehari menjadi satu kesalahan, Yang penting, adalah makan dengan teratur tiga hingga empat kali sehari, namun dengan jumlah yang sedikit. Perkara ini akan menghindarkan anda daripada sering berasa lapar, yang biasanya akan membuatkan anda makan lebih banyak.

Khamis, 13 November 2014

Tips Kehamilan – Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Mengandung


Setiap pasangan berkahwin pasti mengimpikan cahaya mata sebagai pengikat kasih mereka. Tentunya berita kehamilan paling ditunggu selepas diijabkabulkan, namun kehamilan buat pertama kali pasti memberi pengalaman baru kepada setiap wanita.
Perasaan berdebar, takut dan gembira pasti menyelubungi setiap pasangan. Banyak petua dan pantang larang perlu diikuti sewaktu hamil bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.


Gambar sekadar hiasan

Pengalaman hamil pasti memberi pengalaman manis sebelum bergelar ibu. Gejala seperti morning sickness, loya, pening antara simptom biasa dialami setiap bakal ibu. Selelah menampakkan Tanda Awal Hamil Atau Mengandung, anda hendaklah bersedia dengan pantang larang tersebut:

Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Mengandung

    Penjagaan kuku tangan kaki
 – Anda sering mendapatkan rawatan kuku di salun sebelum ini. Jika boleh, elak melakukannya ketika hamil, terutama pada tiga bulan pertama usia kandungan anda. Ini kerana produk kecantikan yang digunakan mengandungi bahan kimia. Lebih baik anda mengambil langkah berjaga-jaga menghindarinya.

    Jalani rawatan muka
 – Jika sekadar mencuci biasa menggunakan produk bebas daripada bahan kimia, tidak mengapa. Namun, pastikan produk digunakan bersih dan tidak mengandungi bahan berbahaya.

    Mewarna rambut
 – Seboleh-bolehnya elakkan, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna meresap ke dalam kulit dan menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan.

    Kasut bertumit
 – Tak perlu bergaya dengan kasut bertumit ketika hamil kerana semakin bertambah usia kehamilan, semakin bertambah berat badan yang mempengaruhi graviti tubuh dan mudah membuat ibu hamil hilang keseimbangan serta terjatuh.

    Ubat nyamuk
 – Elak apa saja jenis ubat nyamuk tidak kira jenis semburan, yang dibakar atau sapuan sekalipun. Ubat nyamuk mengandungi bahan kimia berbahaya dan boleh menjejaskan kandungan anda.

    Derma darah
– Ibu hamil tidak digalakkan menderma darah disebabkan mudah mengalami anemia (kekurangan darah) sedangkan anda perlukan banyak darah untuk kehamilan.

    Bawa barang
– Elak membawa barang berat, apatah lagi setelah kehamilan memasuki trimester terakhir.

    Durian
– Elak memakan durian, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana ia boleh merangsang kontraksi yang akhirnya menyebabkan keguguran.

Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Mengandung Tips Kehamilan Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Mengandung

    Kapal terbang
 – Elak menaiki kapal terbang pada trimester terakhir kehamilan, apatah lagi jika anda tergolong dalam kehamilan berisiko atau menghadapi masalah kesihatan. Tekanan di udara boleh menambah risiko terhadap kehamilan.
    Gincu bibir
– Jika anda suka memakai gincu ketika hamil, elakkan tabiat suka menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna di dalam gincu jika tertelan boleh membahayakan janin.

    Krim pemutih
 – Lupakan krim pemutih ketika ini. Kandungannya boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin.

    Ubat jerawat
 – Wajah anda dipenuhi jerawat setelah mula hamil? Ia perkara biasa kerana faktor perubahan hormon untuk proses kehamilan. Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan pertumbuhan janin anda. Cara lebih selamat, kerap mencuci muka untuk mengurangkan penghasilan minyak yang menyebabkan jerawat. Atasi jerawat setelah melahirkan nanti.

Makanan yang harus dielak sewaktu hamil

Makanan mentah dan separuh masak, misalnya kafein, sushi, telur separuh masak, steak, makanan ringan, alkohol dan nikotin kerana mengakibatkan gejala tidak elok. Gula juga tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan komplikasi seperti kencing manis ketika mengandung. Ia juga boleh menyebabkan bayi besar.


Dapatkan SET KEHAMILAN shaklee untuk kesihatan yang lebih bermakna..

Jika ingin dapat kan maklumat lanjut sila hubungi saya di whatsapp
Norhayati
01239843916

Atau fb saya 
NorHayati Kamsani
Www.facebook.com/mawar.berduri2

SID shaklee 1171558


Ahad, 2 November 2014

Happy Anniversary

Happy Anniversary


Hari pernikahan kami


Bismillah...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah... Hari ini genap setahun usia perkahwinan kami.. (^_^)

Begitu cepat waktu berlalu.. Pejam celik- pejam celik, setahun sudah berlalu.. Rase macam baru semalam kami di ijab kabul oleh ustaz fauzi di masjid seri petaling..

2/11/2013 bersamaan 28/Zulhijjah 1434. Lepas solat zohor... Kami datang ke masjid seri petaling.. jam 2 lebih.. Dalam pada kami di nikah kan.. Hujan turun sangat lebat selebat nye... Sehingga saya juga ahli keluarga dua belah pikah tak dapat dengar suara juru nikah dan suami ku.


Hujan yg sangat lebat mencurah2.. Allahu.. Alhamdulillah...Berwalikan ayahku
Dua saksi abang dan adik ku..Dengan dua kali lafaz diriku bergelar isteri.. Tak tergambar perasaan ini.. Sayu, gembira, sedih semua bercampur baur..
Terasa Macam dalam mimpi juga pun ada.. (^_^)'

Masa itu berlalu begitu pantas menjadi kan ia sebagai memori indah.. Alhamdulillah.. Syukur pada Allah..

Dan kenduri kecik saje di buat di kediaman mak dan ayah saya di Taman Putra Perdana Puchong Selangor..
Walau  sederhana tetapi meriah..
Jamuan lelaki di buat di surau as-sakinah
Jamuan perempuan buat di rumah..

Dengan dikunjungi sanak saudara dan sahabat² jauh dan dekat.. Alhamdulillah segalanye berjalan dengan sempurna..

Selesai saja waktu kendiri jam 4pm..
Hujan turun dengan lebat lagi..
Bersyukur juga waktu kenduri hanya mendung saja.. :)

Di sini saya kongsikan gambar2 kenangan bahagia saya dan suami buat tatapan pembaca..




Bersama kakak²
dan anak2 buahku

Kawan madrasah
Shada dan marina

Makcik² ku

Sahabat² ku

Antara tetamu yg hadir

Cik nora dan hidayah..
Jiran ku.

Harapan dan doaku.. Moga kami terus sabar melalui alam rumah tangga yg penuh cabaran.. bahagia dan memiliki cahaya mata inshaAllah itu adalah impian setiap insan.. Usha doa dan tawakal.. 

Doakan kami ye.. (^_^)*
Akhir kata.. Selamat berhujung minggu.. 
Wassalam...


Diari seorang suami

Diari seorang suami.

30hb , suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 , bil telephone suami dan isteri Rm200.00 , bill elektrik Rm170.00 , ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm150.00 ..serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan...lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja..terus di sambut ngan isteri satu soalan " ari ni hari gaji abang kan??..jom pergi beli barang dapur byk dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm ni sebab I tak laratlah nak masak ari ni... bebudak pun esok hari sabtu cutikan?" Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut pulak dengan anak yang bongsu " Ayah cikgu adik cakap hari isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yg baru." Isteri spontan menyampuk " mintak kat ayah..ayah baru dapat gaji..sambil anak yg sulung pula mencelah .." ayah kakak pun nak duit Rm 30.00 hari Isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan ni"..Si suami terus mengeluarkan Rm50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong ..

Kemudian bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah Rm50.00..Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dgn jumlah Rm 250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk barang basah..

setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut kerumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dpat pagi tadi sebanyak Rm300.00 sahaja.Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi..

Keesokannya, pagi Sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi...suami pun pergilah beli dengan modal Rm5.00 dan surat khabar Rm1.50.. manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu...si suami ikutkan jugak dlm keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 ..

Sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dengan tudung bawal berharga Rm15.00 mintak dibelikan..suami pun keluarkan duit bayar..kemudian bila ke depan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak anak yg berharga Rm15.00 sehelai..isteri pun selamba kata, "bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh..belikan diorg yg baru ni.murah jer Rm15.00 hingget"...Suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk baju tidur anak anak. 

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik ke rumah bersama sama..tetapi dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar lalu minta singgah di kedai makan untuk makan malam...Sang ayah kesiankan dengan rengekan anak, singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dengan membayar Rm30.00 lagi..Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah Rm188.50.

Keesokannya hari Ahad...isteri suruh pergi kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi...suami modalkan lagi Rm7.00 dan Rm1.50 untuk suratkhabar...tinggallah duit gaji genap Rm180.00..Malamnya pula beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta...

Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dgn berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yg akan datang samada sampai atau tidak??....selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung..suami katakan tidak.ada modal...lalu isteri menjawab dengan sinis "kalau ajak balik.kampung saya jer takder duit...kalau ajak balik kampung saya jer abang kata takde duit...mana pergi duit gaji abang selama ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit...abang ada pompuan lain ke??" Terpinga pinga suami. Nak di jawab jadi perang...nak di ceritakan yang sebenar nanti disalahkan balik.

diperolehi dari FB Usamah Hishamuddin