Khamis, 21 Mac 2013

Nikmatnya Aiskrem Malaysia..

Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh..

hanya gambar hiasan


Tiba-tiba malam ini teringat tentang Aiskrem malaysia pulak... (^_^) teringat waktu kecik2 suka makan (rase semua pernah dan suka makan kan?) 
Waktu kecik,mak la cerita,buat je sendiri,bila nak makan,tapi ada masa2nye,belah tengah hari dan petang je boleh makan,pagi2 tak di benarkan sbb sejuk waktu pagi.
pas tu,bila dah sorg dah selsema atau batuk2,waktu tu semua kena stop makan aiskrem ni... sbb bila sorg dah selsema mesti jangkit,bila sorg nampak makan,msti semua nak makan.. (biasa la time kecik2 la katakan.. hehehe..) 

hanya gambar giasan


Bila dah tak buat pula,kami beli je dekat rumah jiran (dlu sebatang kita 20sen,sekarang tak pasti berapa.) waktu umur kecik2 siapa nak,mintak mak 20sen,adik 20sen cukup laa pasti jalan kaki berdua dengan adik,kami beli la dua je..
bila ramai kat rumah,mak pasti bagi lebih 2ringgit atau 3ringgit,boleh la untuk seminggu sekali..
kalau tak pun,beli sebatang je,pas tu belah dua atau tiga,kami kongsi2 laa... alahai.. segalanya kenangan...

Bila dah pindah rumah baru (baru tak baru,lama lah juga..tapi time tu rumah baru laa hehe)
Nak makan tu kena la naik basikal,nak makan punya pasal,jika pegi pekan (tanjung) mesti singgah rumah makcik tu nak beli aiskrem tu,selalu menjadi peneman,kakak2 dan adik la..
nak jalan sesorang time tu tak boleh,kecik lagi la kata kan,nak ke mana2 mesti nak berteman.
kalau dah jauh,kena la beli 10batang atau 15batang,buat stok dua tiga hari.

hanya gambar hiasan


Sekarang ni...
beberapa hari lalu,adik balik dengan bawak 6batang aiskrem malaysia... terasa la rindu,sambil2 kami makan bersama mak,terkenang2 lah waktu kami kecik2 mcm2 kerenah yang kami tempuhi waktu nak beli tu... segalanya adalah kenangan terindah kami sekeluarga... bila sesekali mengenang kisah kecik2 tu memang la indah sangat...

kalau rasa nak makan lepas ni,mintak je adik beli hehe (kalau adik balik laa)
tak boleh la selalu,sesekali boleh laa, kalau dah selalu mesti nak hari-hari pula...

Ok lah,sampai sini dulu yang dapat saya cerita kan...

jika ada salah dan silap,harap di maafkan... (^_^)
terima kasih juga sudi luangkan masa membaca coretan saya...

Selamat malam... (^_^)
Wassalam....

Tiada ulasan: