Di sini adalah kisah benar yang telah diceritakan oleh Puan Munaliza yang pada masa sekarang sedang menguruskan seorang pelatih OKU yang ditakdirkan lahir dalam keadaan terencat akalnya.
Seperti kita ketahui bahawa mereka yang dilahirkan dalam keadaan tidak sempurna adalah salah satu cara di mana Allah SWT ingin menguji tahap keimanan dan di mana sifat keinsanan kita sebagai manusia yang dilahirkan sempurna daripada segi fizikal mahupun mental semasa berhadapan dengan mereka yang ditakdirkan tidak sempurna ini.
Di mana perasaan kita ketika itu?
Bagaimana layanan kita terhadap mereka?
Sesungguhnya lahirnya mereka ini tidaklah dipinta oleh mereka tetapi sudah menjadi ketentuan Illahi untuk mereka. Tidak pula mereka memohon simpati tetapi kita yang dilahirkan manusia yang sempurna akal ini jangan biarkan akal kita terencat gara-gara perbuatan kita sendiri!
Jadi fikir-fikirkan setiap hikmah yang Allah ciptakan tiada yang sia-sia. Moga dengan kisah yang diceritakan oleh Puan Munaliza menjadi peringatan kepada kita semua.
Assalamualikum ...
Selamat pagi, berpagi-pagian keluar untuk memenuhi temujanji seorang pelatih OKU bertemu pakar perunding perbidanan dan ginekologi HSA.
Sesungguhnya sebelum kita berada dalam alam rahim, ketika di alam roh kita telah pun ditanya adakah kamu sanggup menjalani kehidupan di dunia yang penuh ujian. Telah disebut berapa rezeki yang dikurniakan, panjang mana umur diberikan, siapa jodoh yang ditetapkan dan bagaimana kehidupan yang dilalui.
Maka, apabila lahir, diasuh, diberi pendidikan, ada kala barulah seseorang itu tahu ujian untuknya bagaimana. Ada yang bahagia, ada yang getir. Ada laluan highway ada laluan berliku.
Bagi gadis ini, laluannya mudah kerana dia 'syapih', tidak jatuh sebarang hukum atasnya kerana kurniaan akal yang tidak sempurna, tetapi laluan berliku buat ibu bapa dan orang di sekitarnya.Sebarang penganiyaan, pengkhianat atas amanah Allah ini menjadikan dosa bertambah bahkan boleh menggunung.
Dia tidak tahu apa itu pemerkosaan. Dia tidak tahu apa itu persetubuhan, apabila diperkosa hingga mengakibatkan hamil, apa yang mampu dia uruskan? Berat ujian itu untuk keluarganya terima.
Fitrahnya semua orang suka bayi, haiwan pun sayang anaknya, jadi walaupun akalnya tidak sempurna, bila tahu dia hamil, memang dia tak rasa malu. Tapi bukan dia tidak bermaruah. Dia tak tahu hamil tanpa pernikahan yang sah, bila hamil tak ada suami adalah sesuatu yang sangat mengaibkan dan memalukan keluarga. Dirinya tak rasa apa-apa sebab dia tak tahu.
Sedihkan... manusia yang memperkosa tulah haiwan sebenarnya. Mengambil kesempatan atas kekurangan dan kelemahannya. Haiwan yang bertopeng manusia tu kenal dan tinggal berjiran, sanggup melampiaskan nafsu sarakah pada orang yang tidak berakal sempurna.
Bagusnya jika dapat ditangkap, kurung dia dengan harimau betina aja...biar dilampiaskan nafsu sarakah tu dengan harimau betina.
Fikir-fikirkan jika kita di tempat mereka. Mungkin hari ini kita tidak merasa apa-apa tetapi manakah tahu jika masa depan ditentukan untuk kita pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan