Jumaat, 20 Disember 2013

AMALKAN MEMBACA SURAH ALFATIHAH


1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:
Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman

3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental

4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan

5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu

Khamis, 5 Disember 2013

NAMA YANG BAIK MEMBAWA MAKSUD YANG BAIK, INSYAALLAH.


Ibnu Umar r.a. menceritakan;

أَنَّ رَسُولَ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- غَيَّرَ اسْمَ عَاصِيَةَ. وَقَالَ: "أَنْتِ جَمِيلَةُ".
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menukar nama (seorang perempuan bernama) ‘Aasiyah (yang bermaksud; perempuan yang engkar) di mana baginda berkata kepada (perempuan itu); ‘Kamu adalah Jamilah (bermaksud; yang indah)’”. (Riwayat Imam Muslim)

Said bin al-Musayyab menceritakan bahawa bapanya -yang bernama Hazn (bermaksud; susah/sedih)- telah datang kepada Nabi s.a.w., lalu baginda bertanya kepadanya; ‘Apa nama kamu?’. Jawab bapaku; ‘Hazn’. Lalu Rasulullah berkata; ‘Kamu adalah Sahl (yakni Nabi menukar namanya kepada Sahl yang bermaksud; mudah). Namun bapaku berkata; ‘Aku tidak akan menukar nama yang diberikan kepadaku oleh bapaku’. Said berkata; ‘(Dengan kedegilannya itu) maka berterusanlah huzunah (yakni kepayahan/kesedihan) membelenggu keluarga kami selepasnya’”. (Riwayat Imam Bukhari dari Said bin al-Musayyab dari bapanya)



Ahad, 13 Oktober 2013

OKU Lahir Untuk Menguji Keimanan


Di sini adalah kisah benar yang telah diceritakan oleh Puan Munaliza yang pada masa sekarang sedang menguruskan seorang pelatih OKU yang ditakdirkan lahir dalam keadaan terencat akalnya.

Seperti kita ketahui bahawa mereka yang dilahirkan dalam keadaan tidak sempurna adalah salah satu cara di mana Allah SWT ingin menguji tahap keimanan dan di mana sifat keinsanan kita sebagai manusia yang dilahirkan sempurna daripada segi fizikal mahupun mental semasa berhadapan dengan mereka yang ditakdirkan tidak sempurna ini.


Di mana perasaan kita ketika itu?
Bagaimana layanan kita terhadap mereka?

Sesungguhnya lahirnya mereka ini tidaklah dipinta oleh mereka tetapi sudah menjadi ketentuan Illahi untuk mereka. Tidak pula mereka memohon simpati tetapi kita yang dilahirkan manusia yang sempurna akal ini jangan biarkan akal kita terencat gara-gara perbuatan kita sendiri!

Jadi fikir-fikirkan setiap hikmah yang Allah ciptakan tiada yang sia-sia. Moga dengan kisah yang diceritakan oleh Puan Munaliza menjadi peringatan kepada kita semua.



Assalamualikum ...

Selamat pagi, berpagi-pagian keluar untuk memenuhi temujanji seorang pelatih OKU bertemu pakar perunding perbidanan dan ginekologi HSA.

Sesungguhnya sebelum kita berada dalam alam rahim, ketika di alam roh kita telah pun ditanya adakah kamu sanggup menjalani kehidupan di dunia yang penuh ujian. Telah disebut berapa rezeki yang dikurniakan, panjang mana umur diberikan, siapa jodoh yang ditetapkan dan bagaimana kehidupan yang dilalui.

Maka, apabila lahir, diasuh, diberi pendidikan, ada kala barulah seseorang itu tahu ujian untuknya bagaimana. Ada yang bahagia, ada yang getir. Ada laluan highway ada laluan berliku.

Bagi gadis ini, laluannya mudah kerana dia 'syapih', tidak jatuh sebarang hukum atasnya kerana kurniaan akal yang tidak sempurna, tetapi laluan berliku buat ibu bapa dan orang di sekitarnya.Sebarang penganiyaan, pengkhianat atas amanah Allah ini menjadikan dosa bertambah bahkan boleh menggunung.

Dia tidak tahu apa itu pemerkosaan. Dia tidak tahu apa itu persetubuhan, apabila diperkosa hingga mengakibatkan hamil, apa yang mampu dia uruskan? Berat ujian itu untuk keluarganya terima.

Fitrahnya semua orang suka bayi, haiwan pun sayang anaknya, jadi walaupun akalnya tidak sempurna, bila tahu dia hamil, memang dia tak rasa malu. Tapi bukan dia tidak bermaruah. Dia tak tahu hamil tanpa pernikahan yang sah, bila hamil tak ada suami adalah sesuatu yang sangat mengaibkan dan memalukan keluarga. Dirinya tak rasa apa-apa sebab dia tak tahu.

Sedihkan... manusia yang memperkosa tulah haiwan sebenarnya. Mengambil kesempatan atas kekurangan dan kelemahannya. Haiwan yang bertopeng manusia tu kenal dan tinggal berjiran, sanggup melampiaskan nafsu sarakah pada orang yang tidak berakal sempurna.

Bagusnya jika dapat ditangkap, kurung dia dengan harimau betina aja...biar dilampiaskan nafsu sarakah tu dengan harimau betina.
Fikir-fikirkan jika kita di tempat mereka. Mungkin hari ini kita tidak merasa apa-apa tetapi manakah tahu jika masa depan ditentukan untuk kita pula.

Isnin, 24 Jun 2013

~Sahabat,Mari Kita Ingat Allah s.w.t setiap saat~




Assalamualaikum...


Buat sahabat-sahabat semua....
apa kabar? saya harap semua dalam lindungan Allah s.w.t. setiap masa dan keadaan..

Sahabat-sahabat ku yang di sayangi...
marilah kita sama-sama meninggal kan kerja yang sia-sia..
yang lalai..
marilah kita sama-sama merubah diri kita ke arah kebaikan..
kita dah tak ada masa lagi di dunia ini.. kerana ia hanyalah sementara saja..
bangkit lah.. marilah kita sama-sama muhasabah diri,apa yang kita laku kan sekarang ini
untuk amalan akhirat kita atau amalan dunia semata-mata?



sahabat... bila sampai waktu Allah memanggil kita.. ia tak tunggu kita puas dengan keseronokan..
ia tak tunggu kita sampai kita nak berubah waktu kita dah tua nanti.. 
jika Allah nak tarik nyawa kita.. bila-bila masa saja..
sakit atau sihat,muda atau tua.. miskin atau kaya... 



Sahabat-sahabat ku...
saya mengingatkan kalian semua kerana kalian adalah sahabat-sahabat saya..
dan semua ni peringatan diri saya juga,yang selalu leka dan alpa..
"Ya Allah... bantulah saya juga sahabat2 saya, berilah kami hidayah..
berilah hidayah ke seluruh alam... Amin.."

Sahabat,, mari kita ambil sedikit waktu untuk muhasabah diri kita, solat taubat, solat hajat, mengaji Al-Quran dan Zikir.. hidupkan jiwa kita dengan mengingati Allah s.w.t. 
setiap masa,kadaan dan juga saat.. Mengingati Allah itu di perlukan, Zikir memuji kebesaran Allah dan Nabi kita s.a.w...




Mari lah sahabat2.. bantu lah diri kita sendiri,untuk bekalan kita di Akhirat sana.. Al-Quran adalah lampu kita dlm kubur.. dia yang akan menemani kita di dalam kubur yang amat gelap sana...
Berdoalah.. mohon lah pada Allah,moga Allah bagi kita Hidayah,Iman,Nur dalam hati kita..
Berdoalah agar kita terselamat dari azap api neraka...


Sahabat,
Andai di atas ini ada salah kata-kata saya.. tegur-tegur la,saya baru lagi belajar memperbaiki diri saya..
Dan saya mohon maaf andai ada salah dan silap..
in shaa Allah,doa kan saya selamat dunia dan akhirat.. Amin..
Sekian dari saya... Wassalam

"mati itu pasti"

Rabu, 22 Mei 2013

Marilah Berukhuwah Dan Berkawan Kerana Tuhan (ku merindu)


Marilah Berukhuwah Dan Berkawan Kerana Tuhan
 

Marilah kita berukhwah dan berkawan kerana Tuhan

Hingga kita jadi jemaah Tuhan sekelian alam

Jika kita berkawan kerana Tuhan,

kita tidak akan berlaku perpisahan

Mesti kita berkawan sampai penghujung perjuangan

Kalau kita berkawan kerana Tuhan

kalaupun ada perbalahan tidak akan berpanjangan

Perbalahan dan krisis mudah diselesaikan

Biasalah manusia hamba Tuhan

sedikit-sedikit membuat salah dan kesilapan

Tapi mudah selesai dan mudah dihilangkan

Kalau kita berkawan di dalam perjuangan bukan kerana Tuhan

Bukan kerana takutkan dan cintakan Tuhan

perbalahan mudah datang

Hendak menyelesaikan pula selalunya berpanjangan

Tuhan adalah pengikat ukhwah dan perpaduan

Tuhan adalah anak kunci kesatuan dan kekuatan

Wang, harta, pangkat, nama, dan jawatan selalunya mendatangkan perbalahan

Oleh itu janganlah diharapkan selain Tuhan


boleh berpadu dan menjadi kekuatan

Selalunya kerana wang, harta, pangkat dan lain-lainnya

selalu sahaja membawa perselisihan

Perselisihan membawa renggang kasih sayang

Apabila renggang kasih  sayang

pecahlah perpaduan dan kesatuan

Di waktu itu umat Islam akan lemah, musuh pun mudah menghancurkan

Ingatan ini hendaklah diambil perhatian

Kekuatan umat Islam berkawan, berjemaah adalah takut dan cintakan Tuhan

Janganlah cari kekuatan selain Tuhan

Bahkan selain Tuhan telah dikatakan sebelum ini ia selalu sahaja membawa perpecahan

Oleh itu marilah kita perjuangkan Tuhan

Marilah kita berkawan dan berjemaah, bersama Tuhan kita berkawan

Itulah dia kekuatan umat Islam sepanjang zaman

Janganlah kita was-was dan janganlah kita dikelirukan

Seluruh kehidupan kita Tuhan mestilah dibawa bersama berkawan

Tuhan adalah sahabat setia kita sepanjang zaman

Sahabat yang mengawal kita dan menjaga kita di dalam keadaan apa pun

Tapi umat Islam hari ini seluruh dunia Tuhan telah ditinggalkan

Umat Islam terdedah kepada kejahatan musuhnya

Sedangkan musuhnya ada kekuatan lahir yang kuat

Padahal umat Islam kekuatan material pun tidak ada,

Tuhan pun ditinggalkan

Kedua-dua kekuatan sudah tidak ada,

Bagaimanalah hendak  menang

nukilan SaHiBuZaMaN..


Bissmillah...
Rindunya saat kita bersama-sama dahulu...
tah kenapa semua hanya sebuah kenangan yang indah telah tercipta buat kita semua...
moga kita terus berjaya dalam setiap impian masing2...
mungkin juga semua ini salahku...
walau apa pun,kalian tetap dalam hati ku... miss you so much!!!
(~_~) hatiku sayu...

Sahabat...
"Andai engkau mengerti apa kah erti sebuah persahabatan itu.."

Sabtu, 27 April 2013

~iktibar Sebatang Pensil~


iktibar Sebatang Pensil
gambar hiasan


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum semua sahabat2ku...
saya nak share sabuah kisah...
moga dapat sedikit ilmu,inshaAllah...

Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.

“Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?”

“Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini.”

“Apa yang istimewa tentang pensel ini?” tanya si anak.

“Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?”

“Iya, ibu.”

Pertama, pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah SWT. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

Kedua, ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berheti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga, pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula. Begitu yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

Keempat, tahukah anak ibu mana yang lebih penting, luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

Kelima, pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat, pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Ibu harap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

Inilah antara kata-kata yang baik untuk si anak membawa prinsip yang positif. Wahai ibu bapa, jangan berputus asa. Apa sahaja kata-kata semangat yang kita ulang-ulangkan kepada anak-anak (walau nampak seperti mereka tidak mengendahkan) pasti akan membawa bekas dalam jiwa mereka, insya Allah...

Ulang-ulangkanlah!

Cerita ini saya ambik dari seorang sahabat saya bernama Asmarina..
terima kasih kak marina... (^_^)
~Mawar~

Khamis, 4 April 2013

Assalamualaikum Semua... (^_^)

Assalamualaikum... (^_^)
Bismillah...
Apa kabar semua?


cuma nak pesan...

Dunia hanya sementara akhirat kekal selamanye..
kejayaan kita hanya dalam agama...
InshaAllah...

Selamat beramal di malam jumaat yang indah ini..
Jangan lupa solat jumaat esok bagi kaum lelaki. :)


Waasalam... 

Khamis, 21 Mac 2013

Nikmatnya Aiskrem Malaysia..

Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh..

hanya gambar hiasan


Tiba-tiba malam ini teringat tentang Aiskrem malaysia pulak... (^_^) teringat waktu kecik2 suka makan (rase semua pernah dan suka makan kan?) 
Waktu kecik,mak la cerita,buat je sendiri,bila nak makan,tapi ada masa2nye,belah tengah hari dan petang je boleh makan,pagi2 tak di benarkan sbb sejuk waktu pagi.
pas tu,bila dah sorg dah selsema atau batuk2,waktu tu semua kena stop makan aiskrem ni... sbb bila sorg dah selsema mesti jangkit,bila sorg nampak makan,msti semua nak makan.. (biasa la time kecik2 la katakan.. hehehe..) 

hanya gambar giasan


Bila dah tak buat pula,kami beli je dekat rumah jiran (dlu sebatang kita 20sen,sekarang tak pasti berapa.) waktu umur kecik2 siapa nak,mintak mak 20sen,adik 20sen cukup laa pasti jalan kaki berdua dengan adik,kami beli la dua je..
bila ramai kat rumah,mak pasti bagi lebih 2ringgit atau 3ringgit,boleh la untuk seminggu sekali..
kalau tak pun,beli sebatang je,pas tu belah dua atau tiga,kami kongsi2 laa... alahai.. segalanya kenangan...

Bila dah pindah rumah baru (baru tak baru,lama lah juga..tapi time tu rumah baru laa hehe)
Nak makan tu kena la naik basikal,nak makan punya pasal,jika pegi pekan (tanjung) mesti singgah rumah makcik tu nak beli aiskrem tu,selalu menjadi peneman,kakak2 dan adik la..
nak jalan sesorang time tu tak boleh,kecik lagi la kata kan,nak ke mana2 mesti nak berteman.
kalau dah jauh,kena la beli 10batang atau 15batang,buat stok dua tiga hari.

hanya gambar hiasan


Sekarang ni...
beberapa hari lalu,adik balik dengan bawak 6batang aiskrem malaysia... terasa la rindu,sambil2 kami makan bersama mak,terkenang2 lah waktu kami kecik2 mcm2 kerenah yang kami tempuhi waktu nak beli tu... segalanya adalah kenangan terindah kami sekeluarga... bila sesekali mengenang kisah kecik2 tu memang la indah sangat...

kalau rasa nak makan lepas ni,mintak je adik beli hehe (kalau adik balik laa)
tak boleh la selalu,sesekali boleh laa, kalau dah selalu mesti nak hari-hari pula...

Ok lah,sampai sini dulu yang dapat saya cerita kan...

jika ada salah dan silap,harap di maafkan... (^_^)
terima kasih juga sudi luangkan masa membaca coretan saya...

Selamat malam... (^_^)
Wassalam....

Selasa, 19 Mac 2013

~ Tugasan Baru ~


sekadar hiasan

Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh..

Bulan ini,adalah bulan pertama saya bertugas di tempat kerja baru.. :)
Alhamdulillah... terasa sangat seronok,banyak pelajari sesuatu yang baru.
Majikan pula sangat baik hati. Alhamdulillah..

sekadar hiasan
Cumanya,selalu lewat sampai tempat kerja, sebab nye..
selalu terbangun lambat,hehe besa la tu kan?
selalu siap lambat,atau ad tugas yg tak dapat di elak kan saat2 akhir nak pergi kerja tu.

Ya Allah...sampai bila laaa nak jadi gina..?
insyaAllah,usha diri untuk menjadi lebih baik dari sebelum2 nya..
tak nak datang lambat lagi... kena la displen kan diri supaya tidur awal..
Maka dapat la bangun awal,kan?

insyaAllah... dah nak hampir sebulan juga,moga2 dapat la bekerja lama dari sebelum nye :)
Azam ni,InsyaAllah... hehe 


sekadar hiasan

Bangun pagi tu,jangan lupa pula solat subuh,WAJIB tau! (bagi yang boleh solat)
Doa lah agar segala tugas kita berjalan lancar dan di permudah kan segala kesulitan hari itu.

jangan lupa,baca Al-Quran jika sempat Zikir sekali. InsyaAllah...



sekadar hiasan
Jangan lupa pula,Bila kita nak pergi bertugas,atau pun keluar rumah walau ke mana saja kita pergi, jangan lupa bersalaman dgn org tua kita.. Mak dan Ayah kita..

sekadar hiasan
sekadar hiasan
Kasih sayang mak dan ayah kita tu tak kan pernah padam hingga akhirhayatnya...

Penat lelah nye tak pernah minta di balas..
hanyalah kebahagiaan yang di doakan oleh mereka..



Jangan pula kita lupa cium kedua pipi mereka.. itu tanda kasih kita padanya (insyaAllah di amal kan selalu)
walau tak sempat mcm mane pun,mereka tetap tak saya lupa.. (^_^) emm (alamak! rindukan mak la pula tiba2...)


sekadar hiasan
Akhir sekali, nak melangkah keluar rumah,jangan lupa baca doa keluar rumah,banyak kan berzikir dalam hati..
tunduk kan pandangan... (kalau dah terlambat tu,mesti jalan nye laju2 hehehe)

Mulakan kerja dengan Bismillah... InsyaAllah..
Buat kerja dengan ikhlas... 

jangan merungut tau,Allah tak suka...
pahala kerja pun hilang... (Moga di jauh kan..)



            
sekadar hiasan







kerja dah siap... Balik rumah,sebelum tidur,pasti nye baca buku dlu.. (^_^)
atau pun tulis Diari kesukaan hehe (bukan tulis sangat pn,sekadar coret2 sikit je...)

Ok laa setakat sampai sini dlu ye... Selamat malam... Assalamualaikum..
~~ Terima kasih sudi luangkan masa membaca nye ~~ (^_^)

Ukhti, Kenali Dirimu dan Tuhanmu


Berangkat dari sebuah cerita sehari-hari, sebut saja terjadi pada saya dan seorang teman perempuan. Kala itu, saat matahari tengah berada di sepenggal jum’at, kami sedang sibuk memilih jajanan ringan. Lebih tepatnya, teman saya tersebut yang berjuang mondar-mandir mengumpulkan berbagai rupa makanan untuk mengganjal perutnya yang terbiasa tidak sarapan pagi. Saya, berdiri manis di sampingnya pun pura-pura ikut sibuk memilih. Yang sebenarnya, saya sedang sibuk memperhatikannya dan belajar memahami seorang wanita yang baru sepekan ini mendapati terlambat datang bulan (haid). Berdasarkan hasil test pack tergores dua garis merah tanda positif kehamilannya. Teman saya tersebut terlihat sangat riang. Ia menyapa penjaga toko dengan amat ramah. “Tidak, mbak! Maaf, saya tidak makan itu karena sedang isi.” katanya berulang-ulang.
Begitulah, rasa bahagia usai membuncah hari itu. Setelah lima belas bulan pernikahan, akhirnya teman saya merasakan detak-detak kehidupan akan bertunas di dalam rahimnya. Saya tersengat ikut merayakan bahagianya siang terik itu. Akan tetapi, sempat terlintas dalam benak ini, “Apakah dia ini berlebihan?” Saya berpikir, mungkin saja dari sekian banyak penjaga toko tadi terdapat seorang wanita yang telah lebih lama menunggu kehadiran buah hati penghias pernikahannya. Sudah menahun ia meraba-raba perutnya yang tak kunjung berdenyut. Berkali menahan perih kala ditanya kapan punya momongan? Berulang pula memendam cemburu pada wanita-wanita yang lebih dulu diberi kabar gembira dari langit itu.
Namun segera saja saya tepis dengan pemakluman. Sambil memandang tanpa sepengetahuannya, saya berujar, “Ah, mungkin memang wajar, dia bahagia dan riang.”
Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat.
“Dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui apa yang akan diusahakannya besok . Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (QS Lukman: 34)
Allah Azza wa Jalla telah memuliakan kaum wanita sebagai makhluk yang mempunyai peran paripurna dalam misi penciptaan bumi dan langit. Allah Swt berfirman,
“Isteri-isterimu adalah ladang ( tanah) tempat kamu bercocok tanam, maka datangilah tanah tempat bercocok-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah kabar gembira orang-orang yang beriman.” (QS Al Baqarah:223)
Rasulullah Muhammad saw, penyampai risalah-Nya, pun telah bersabda,
Seseorang datang kepada Nabi lalu mengatakan: “Aku mendapatkan seorang wanita (dalam satu riwayat lain disebutkan yang memiliki kedudukan dan kecantikan), tetapi ia tidak dapat melahirkan anak (mandul); apakah aku boleh menikahinya?” Beliau menjawab: “Tidak.” Kemudian dia datang kepada beliau untuk kedua kalinya, tapi beliau melarangnya. Kemudian dia datang kepada beliau untuk ketiga kalinya, maka beliau bersabda: ‘Nikahilah wanita yang berbelas kasih lagi banyak anak, karena aku akan membangga-banggakan jumlah kalian kepada umat-umat yang lain.”
Maka melalui pernikahan yang disyariatkan dan melalui rahim para ibu inilah akan terlahir para khalifah Allah serta akan terbangun peradaban manusia di muka bumi. Kemudian, dalam bergulirnya episode kehidupan ini, sejatinya Allah swt jualah yang berkuasa melapangkan rizki bagi siapa yang Dia kehendaki, begitu pula membatasinya bagi siapa yang dikehendaki. Maka tidak bisa disamaratakan ujian yang menimpa bagi tiap-tiap kaum maupun bagi tiap-tiap jiwa.
Kembali pada cerita di atas, hingga setelah lebih dari setahun menunggu kehadiran buah hati akhirnya Allah meretas amanah anak pada teman saya tersebut di dalam rahimnya. Sebetulnya, tidak sedikit pula kebahagiaan pasangan baru yang bertambah merekah dalam waktu yang tidak begitu lama. Bulan kemarin menikah, ternyata bulan ini sudah dikaruniakan calon buah hati. Akan tetapi, juga banyak rumah tangga yang baru mendapat momongan setelah menginjak empat belas tahun usia pernikahan atau bahkan lebih dari itu. Ada pula keluarga yang hingga kakek-nenek tidak jua kunjung mendapat keturunan, seolah sampai ranjang pun bergoyang, jika Allah belum berkehendak maka tidak akan tercipta satu makhluk pun. Wallahu a’lam.
Sesungguhnya segala sesuatu yang terjadi ini adalah tanda-tanda bagi kaum yang beriman.
Saudari muslimah yang Allah muliakan, sering sekali kita mendengar dalam konteks kisah-kisah di atas, bahwa pihak wanita sebagai istri adalah yang sering tersudutkan. Para perempuan didudukkan sebagai pihak yang mendapat cap tidak sehat, tidak subur, atau tidak mempunyai garis keturunan yang baik. Disinilah jiwa dan raga kita diuji sepenuhnya. Jiwa kita diguncang dengan kesabaran penantian, maupun raga kita yang mungkin saja memang diuji dengan ketidaksehatan. Mari sejenak kita perhatikan para wanita mulia itu, tidakkah kita melihat bahwa di balik senyum tulus perempuan itu tersembunyi perasaan yang tidak tenang? Tidakkah kita melihat di balik tegar perilakunya terpendam langkah yang gontai? Atau tidakkah kita melihat di balik kelembutan karena justru hatinya yang sedang rapuh dan menangis?
Setiap hari disapa orang dengan pertanyaan yang sama dan tersenyum saja adalah jawaban paling menenangkan. Namun, dua sisi satu mata uang, saat itu itu pula sang perempuan berhasil menelan kepahitan-kepahitan hingga semakin lama tertimbun semakin besar. Ibarat sebuah gelas yang terisi tetes demi tetes air sampai penuh. Tetesan terakhir bisa saja membuat air yang di dalamnya meluap. Jika gelas tersebut rapuh perlahan partikel-pertikel kaca yang menyusunnya gemeretak. Gelas tersebut akan pecah dari dalam dan menyemburatkan semua isinya. Dalam ilmu kesehatan kejadian emosional ini disebut stress.
Saudariku muslimah, sungguh ternyata amat berat apa yang harus dilakoni seorang perempuan. Baik yang masih berada dalam fase penantian ini maupun yang telah menyongsong amanahnya sebagai ibu pendidik umat. Kedua peran ini sama-sama berat. Untuk itulah kita harus jujur dan mengaku bahwa kita membutuhkan ilmu. Ilmu untuk mengenali siapa diri kita dan mengenali hakikat penciptaan kita. Ilmu yang akan mengantarkan kita pada sebuah akidah shahihah (keyakinan yang lurus) sebagai buhul tali yang amat kuat untuk menghubungkan kita dengan sang Khalik.
Setidaknya, agar jangan sampai gelas penampung air itu retak dari dalam maka ia harus kuat. Begitu pun dengan seorang wanita. Ia harus kokoh secara internal atau mempunyai kepribadian yang tangguh. Dan sebagai seorang muslimah yang mungkin diuji dengan penantian buah hati maupun ujian kesabaran lainnya, sedikitnya ada beberapa ilmu yang sangat kita butuhkan.
Yang pertama adalah sikap kita yang tak tergoyahkan atas tauhidullah. Bertauhid atau mengesakan Allah yang meliputi tauhid Rububiyah, Uluhiyah, maupun Asma wa Sifat-Nya sehingga dengan seluas kebeningan jiwa kita mampu tundukkan dan bersujud hati ini semata pada-Nya. Kita akan mengenal bahwa Allah adalah Al Hakim yang sangat tepat dalam mengukur dan mengatur para makhluk-Nya. Allah bebas dan bersih dari melakukan hal yang tidak sesuai dengan keagungan dan kesempurnaan-Nya. Allah sendiri pun mengharamkan atas diri dan Dzat-Nya untuk berbuat dzalim pada para hamba-Nya.
Kemudian ilmu tentang takdir. Sesungguhnya Allah berfirman dalam QS Al A’raf ayat 172,
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan-Mu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman), “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” mereka menjawab, “Betul (Engkau Tuhan kami)”, kami bersaksi. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, “Sesungguhnya ketika itu kami adalah orang-orang yang lengah terhadap ini.”
Ibnu Jarir, seorang ahli tafsir, meriwayatkan bahwa perjanjian tersebut adalah perjanjian yang telah Allah ambil ketika manusia dikeluarkan dari tulang rusuk Adam. Saat itu berkumpul ruh dari seluruh manusia sejak Nabi Adam as. hingga manusia yang terakhir. Terjadi ketika Allah telah menetapkan takdir kehidupan ini secara umum pada zaman azali. Maka dengan ayat ini kita akan menjadi paham bahwa Dialah Allah yang menciptakan, yang mengadakan, dan yang membentuk rupa. Sebagaimana telah difirmankan-Nya pada QS Al Hasyr ayat 24.
Maka Saudari muslimah, betapa tenangnya jiwa kita bila dapat memahami hakikat proses dan segala ujian yang menghempas kehidupan ini. Kita akan menyandarkan segala waktu yang berlalu ini pada penciptanya yang mahabaik, bahkan diri ini akan merunduk ikhlas dan berucap sejatinya diri dan kehidupan ini adalah milik Allah. Sikap ketauhidan yang lurus ini sekaligus akan mengantarkan kita pada sikap yang benar dalam masalah kesehatan. Karena secara ikhtiar ilmu yang berikutnya kita butuhkan adalah masalah kesehatan ragawinya, maka kita pun perlu memahaminya secara benar.
Mungkin saja dengan berbagai tekanan dan kelelahan beraktivitas dapat menimbulkan himpitan psikis dan terpecahnya konsentrasi pikir. Kesehatan psikis ini pun ternyata membawa pengaruh yang besar secara hormonal terhadap kesehatan fisik. Maka dengan bisa bersikap tenang serta tawakal kepada Allah Swt. kita dapat dijauhkan dari tekanan psikologis maupun stress. Insya Allah, kesehatan batin ini akan menunjang kesehatan fisik yang semakin prima. Mungkin dengan itu pula Allah Azza wa Jalla akan memudahkan kita mendapatkan keturunan. Wallahu’alam.
Maka kenalilah diri kita, ukhti. Mari jujur dan mengakui bahwa diri ini terlalu membutuhkan banyak ilmu. Bila hidup ini seumpama sebuah buku, maka lembaran-lembarannya adalah kesabaran dalam perjuangan dan pembelajaran. Kepunyaan Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan hanya kepada Allah segala urusan dikembalikan.